• #PRKTjgDatu : Jangan Salahkan Orang Lain - Dr Rundi

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU : Untuk membina masyarakat yang berjaya terutama kaum Iban, elakkan sikap yang gemar menyalah orang lain, sebaiknya bukalah minda untuk membina jati diri untuk berjaya.

    Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom menggesa masyarakat Iban agar tidak mengamalkan sikap menyalah orang lain apabila diri sendiri tidak berjaya.

    Menurutnya, seharusnya kita bertanya kepada diri sendiri kenapa kita tidak berjaya dan contohilah orang yang berjaya.

    "Bukan menyalahkan mereka yang berjaya sedangkan diri sendiri tidak mahu berusaha untuk sama-sama berjaya," katanya ketika menghadiri Program Randau Bersama Pemimpin di Kampung Sungai Lundu malam tadi.

    Rundi berkata, untuk menjadi bangsa yang berjaya, maka pendidikan adalah faktor asas untuk kecemerlangan seterusnya.

    "Oleh itu ibubapa jangan mengabaikan pendidikan anak-anak dan sentiasa mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak.

    "Jangan menyerahkan anak 100% tanggungjawab kepada guru kerana peranan ibubapa adalah faktor sebenar kejayaan pelajar," ujarnya.

    Tambah Rundi, masyarakat Iban disaran terus memperbaiki diri dan tidak menyalah orang lain serta terus mengutamakan pendidikan anak agar suatu hari masyarakat Iban akan menjadi masyarakat yang berjaya seperti kaum lain di negeri ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : Jangan Salahkan Orang Lain - Dr Rundi "