#PrkTjgDatu: Debaran Di Hari Terakhir




LUNDU: Memasuki hari terakhir berkempen, cuaca di Pekan Lundu setakat ini sangat baik dan sesuai untuk bergerak melakukan gerakan bagi menarik pengundi.

Di tengah Pekan Lundu, keadaannya masih tenang tapi sedikit meriah dengan kibaran bendera parti bertanding.

Sungguhpun begitu, kibaran bendera dan poster-poster calon yang digantung masih didominasi Barisan Nasional (BN). Biru dimana-mana.

"Saya suka keadaan meriah begini," kata seorang penduduk temptan.

"Daripada apa yang saya terima, calon BN masih menggerakkan jentera kempen dari kampung ke kampung namun saya belum mendapat apa-apa maklumat berkenaan pergerakan jentera pembangkang.

"Berkemungkinan mereka melakukan serangan di saat-saat akhir," tambahnya lagi.

"Rakyat kita sudah matang. Saya yakin mereka tahu memilih apa yang terbaik buat mereka," jelasnya lagi.

Esok merupakan hari pengundian akhir. Diharap cuaca akan menyebelahi rakyat di kawasan DUN Tanjong Datu supaya mereka boleh turun mengundi beramai-ramai dalam keadaan yang selamat dan selesa.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA