#PrkTjgDatu: 'Bukan Gajet Pilihan Raya' - Wan Junaidi


LUNDU: Penyerahan surat hak milik tanah kepada penduduk Lundu dan Sematan bukan gajet pilihan raya.

Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu, Datuk Seri Wan Junaidi berkata, ia berlaku secara kebetulan selepas melalui pelbagai proses yang dijalankan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

"Ia (surat hak milik tanah) bukan dikeluarkan semasa pilihan raya sahaja.

"Ini kerana proses pewartaan memakan masa berbulan-bulan," katanya.

Malah menurutnya, bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika hayatnya sentiasa memberi penekanan kepada isu berkaitan tanah termasuk pemberian surat hak milik.

"Bermula dari Tok Nan, penekanan memang diberikan kepada isu berkaitan tanah termasuk memberi surat hak milik.

"Jadi ia bukanlah hanya diberikan semasa pilihan raya sahaja tetapi dilaksanakan secara berterusan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mahu mereka yang menerima surat hak milik untuk menjaga harta tersebut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA