#PRKTjgDatu: Benarkah Pembangkang Guna Masalah Penduduk Demi Politik?



Tanah, sesuatu yang begitu bernilai bagi rakyat Sarawak yang terlibat dengan pemakai menoa dan pulau galau yang masih mencari penyelesaian yang berpihak kepada rakyat.

Pada ketika ini, mana-mana parti pembangkang di Sarawak sering mengetengahkan cara kepada penduduk untuk menyelesaikan masalah tanah ke mahkamah.

Yang sering kedengaran kes berkaitan kerap kali menemui kekalahan dan jarang sekali menemui kejayaan. Dengan itu pembangkang akan terus mewar-warkan untuk penyelesaian berterusan ke mahkamah selanjutnya.

Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Datuk Seri Stephen Rundi Utom di Kampung Sungai Lundu semalam, peguam suka jika penduduk menggunakan perkhidmatan mereka untuk membawa kes berkaitan tanah ke mahkamah kerana itulah sumber pendapatan peguam.

"Penduduk akan menyediakan segala kos pengangkutan dan sebagainya bagi menyelesaikan masalah.

"Yang terpaksa menanggung semua kos tersebut adalah penduduk dan dari situ jelas penduduk terbeban dalam hal tersebut sedangkan kerajaan sering mencari penyelesaian tanpa membabitkan mahkamah dalam soal pemakai menoa dan pulau galau," katanya.

Ternyata dalam hal ini, jika diamati dan difahami betul-betul, pembangkang akan menggembar-gemburkan isu tersebut dan mengaitkan mahkamah agar penduduk melihat hanya mahÄ·amah sahaja jalan penyelesaian.

Namun apa yang diperhatikan selama ini, peguam yang sering terlibat dalam hal berkenaan adalah terdiri daripada pemimpin pembangkang. Hakikatnya kes berlarutan dan belum menemui jalan penyelesaian.

Entah berapa banyak penduduk sudah mengeluar belanja untuk mengupah peguam tersebut tetapi hasilnya masih tidak nampak kejayaan.

Jadi siapa yang untung dalam hal berkenaan?

Peguam tersebut juga membangkitkan isu pemakai menoa dan pulau galau dan mereka juga yang jadi peguam untuk penduduk.

Persoalannya, apakah isu pulau galau dan pemakai menoa dipolitikkan demi untuk mengaut keuntungan daripada rakyat ?

Apa yang pasti kerajaan Sarawak sudah menubuh komiti bagi membincang dan mencari jalan penyelesaian isu pemakai menoa dan pulau galau secara berkesan serta releven untuk penduduk mendapat tanah secara sah tanpa melalui mahkamah.

Malah kerajaan pusat sudah menyediakan peruntukkan untuk menyukat tanpa perlu penduduk membayar kos menyukat dan yang paling utama penduduk hanya menyediakan butiran lengkap dan memohon daripada saluran betul tanpa terbeban dengan kos naik turun mahkamah. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA