• #PrkTjgDatu: 40 Hektar Untuk Bina Kolej Matrikulasi Pertama Di Sarawak

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Selain terkenal dengan produk eko pelancongan, Tanjong Datu bakal menjadi antara hab pendidikan di Sarawak.

    Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri meluluskan 40 hektar tanah untuk pembinaan kolej matrikulasi di Lundu.

    "Tanah seluas 40 hektar diluluskan untuk pembinaan pusat matrikulasi.

    "Apabila siap nanti, ia akan menjadi kolej matrikulasi pertama di Sarawak," katanya.

    Menurutnya, bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika hayatnya memperjuangkan pembinaan kolej matrikulasi tersebut.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Tanjong Datu akan menjadi tumpuan apabila kolej tersebut dibina.

    "Kerajaan persekutuan bersetuju untuk membina kolej matrikulasi di sini (Lundu)," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " #PrkTjgDatu: 40 Hektar Untuk Bina Kolej Matrikulasi Pertama Di Sarawak "