#PrkTjgDatu: 183 Sekolah Daif Di Sarawak Jadi Perhatian



LUNDU: Sekolah daif yang dikategorikan sebagai Kategori C akan terua diberi keutamaan tinggi kerajaan.

”Sebanyak 183 buah sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh Sarawak disenaraikan sebagai sekolah kategori C,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

”Sekolah kategori C merupakan sekolah yang tergolong dalam kategori daif dan usang.

”Proses perbincangan sedang berlangsung sebelum keputusan untuk membaiki atau membina semula sekolah-sekolah tersebut dijalankan,” jelas beliau pada sidang media selepas melancarkan Program Guru Aktif 1Malaysia: Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Sri pakma, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu, di sini, semalam.

Beliau turut memberitahu sekolah-sekolah kategori C sememangnya diberikan keutamaan yang tinggi oleh kerajaan.

”Sebanyak 369 buah sekolah menengah dan rendah yang berada di kawasan luar bandar yang masih menggunakan sistem set janakuasa kerana lokasinya terletak jauh dari laluan grid elektrik,” tambah beliau.

Jelas beliau, “Sekiranya ada di antara sekolah-sekolah tersebut berada berdekatan dengan laluan grid, sekolah tersebut boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam laluan grid supaya mereka tidak lagi bergantung kepada set janakuasa.” - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA