Perjuangan DAP Hanya Untuk Kepentingan Dinasti Lim


LUNDU: Tindakan wakil rakyat DAP keluar parti jelas menunjukkan kekecewaan dan keresahan terhadap kepimpinan perti tersebut.

"Kami dalam Barisan Nasional (BN) menyedari tentang berbagai kekecewaan dan keresahan dalam kepimpinan DAP sama ada di peringkat negeri atau nasional," kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak, Abdullah Saidol.

Menurutnya, perkara tersebut memang dijangka berlaku dan mungkin lebih ramai lagi akan mengambil tindakan sama.

"DAP sering membangkit tentang isu ketelusan, integriti dan budaya demokrasi yang bersih tapi disebalik wajah politik mereka yang kelihatan sempurna itu, tersembunyi satu agenda politik yang jijik dan tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Menurutnya, pemimpin dan penyokong DAP di peringkat akar umbi tidak dapat lagi menyembunyikan kebenaran sebenar tentang pemimpin atasan mereka yang mengamalkan kepimpinan 'autocratic'.

"Pemimpin serta penyokong mereka sendiri di akar umbi tidak dapat lagi menyembunyikan kebenaran sebenar bahawa pemimpin atasan mereka terutama pasangan Lim, ayah dan anak sering mengamalkan budaya kepimpinan yang 'autocratic' dan tidak mengendah keputusan-keputusan kolektif pemimpin lain dalam DAP," jelasnya.

Abdullah menambah, budaya dan cara kempen politik DAP yang semakin ke arah petkauman serta buruk sangka semakin tidak disenangi majoriti masyarakat Cina yang masih percaya selain ingin hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

"Hala tuju politik DAP semakin celaru dan mengelirukan.

"Kepada mereka terutama kaum Cina yang mula merasa ragu tentang perjuangan politik DAP, mungkin mereka harus mempertimbangkan untuk mula menyokong parti politik Cina yang lain sebagai platform politik baharu supaya kepentingan mereka dapat disuarakan dengan lebih baik dalam kerajaan," tambahnya.

Menurut Abdullah lagi, DAP hanya berat ke arah menjaga kepentingan politik Keluarga Lim.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA