• Perjuangan DAP Hanya Sandiwara Politik

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kegagalan kepemimpinan DAP mewujudkan sosio-politik yang stabil, kukuh dan mapan untuk masa depan negara membuktikan parti itu hanya bersandiwara politik menyebabkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seorang Ahli Parlimennya di Melaka bertindak keluar parti.

    Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata segala keputusan serta tindak-tanduk DAP kebelakangan ini bersifat sandiwara politik yang memakan diri sendiri sehingga parti itu bukan saja gagal meyakinkan rakyat, malah hilang kepercayaan daripada pemimpin dan ahli sendiri.

    Katanya, gagasan kerjasama politik parti itu bersama PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara serta kempen 'Selamatkan Malaysia' adalah retorik politik semata-mata dan bukan bertunjangkan kepentingan rakyat.

    Beliau berkata, kepemimpinan DAP hari ini terbukti lebih menyebelahi dan menyanjungi orang luar termasuk pernah menjadi musuh utama mereka seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menafikan sumbangan ahli parti mereka lebih lama berjuang.

    "DAP yang kehilangan 50 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu-satunya kerusi Parlimen di Melaka membuktikan wujud krisis keyakinan terhadap pimpinan parti itu hari ini, sekali gus ahli terjerumus dalam kecelaruan identiti.

    "Sehingga hari ini, sebahagian besar ahli DAP masih keliru, siapakah pemimpin de facto (ketua umum) pakatan pembangkang dan apakah hala tuju mereka yang sebenarnya," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini. 

    Empat wakil rakyat DAP Melaka sebelum ini mengumumkan keluar parti, sekali gus menyebabkan parti berkenaan dilanda krisis.

    Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang); Chin Choong Seong (Kesidang) dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him .BH

    Subjects:

  • No Comment to " Perjuangan DAP Hanya Sandiwara Politik "