#PRKTjgDatu : Pengundi Tanjong Datu Akan Buktikan Sokongan Kepada Legasi Tok Nan



Mencalonkan Datuk Amar Jamilah Anu balu kepada Allahyarham Tok Nan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecik (PRK) N.3 Tanjong Datu adalah satu keputusan yang tepat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

PRK N.3 Tanjong Datu menyaksikan BN menurunkan Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon, STAR (Johnny Aput) dan PBDSB (Rapelson Richard Hamit).

Bukan sahaja dikenali pengundi sebagai seorang isteri tetapi juga seorang yang mudah didekati serta menjadi tulang belakang Tok Nan selama beliau menjadi ADUN Tanjong Datu sejak tahun 2006.

Perancangan Tok Nan untuk memajukan kawasan Tanjong Datu masih belum selesai malah pengundi juga percaya Jamilah Anu mampu meneruskan kesinambungan legasi yang ditinggalkan oleh arwah.

Kepercayaan inilah yang membuktikan sokongan pengundi Tanjong Datu terhadap calon BN masih utuh kerana nama Tok Nan masih kekal di hati mereka.

Arwah mempunyai rancangan yang besar terutamanya untuk kawasan Tanjong Datu dimana beliau mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan utama sekaligus meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.

Justeru, saranan kepada pengundi di kawasan Tanjong Datu agar turun beramai-ramai pada hari pengundian, Sabtu ini bagi menterjemahkan sokongan mereka kepada Datuk Amar Jamilah Anu.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA