Pelik! Pokok Diberi Makan Nasi



Tumbuhan seperti pokok pada dasarnya tidak memerlukan makanan, mereka boleh hidup dengan menyerap cahaya matahari, karbon dioksida, air dan nutrisi dari dalam tanah.

Namun di sebuah wilayah di China, pokok diberi makan nasi oleh warga tempatan.

Penduduk tempatan di Wilayah Enshi Tujia dan Miao yang terletak di Wilayah Hubei, setiap tahun menjalankan tradisi memberi makan pokok dengan nasi setiap kali tiba musim panas.

Tradisi ini sudah dilakukan sejak ratusan tahun silam, di mana mereka percaya pokok akan berkembang dan menghasilkan buah yang lebih bagus jika diberi makan nasi.

Untuk memberi pokok memakan nasi, batang pokok disabit kemudian diletakkan nasi pada bahagian tersebut.

Bagi warga setempat tradisi aneh ini dianggap dapat membawa tuah. Tapi bagi orang luar, tradisi ini dianggap sangat aneh dan sebenarnya tidak perlu dilakukan.

Ramai yang beranggapan bahawa pokok tidak perlu diberi makan nasi kerana ia mampu hidup sendiri secara semula jadi.-tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA