• Pejabat APM Sematan Realiti Kehendak Rakyat

    Published: Thursday, 16 February 2017
    A- A+


    LUNDU: Bagi merealisasikan kehendak rakyat di Tanjong Datu, sebuah pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) siap dibina.

    Seramai 2,199 ahli anggota didaftarkan dibawah perlantikan SAO Nazari Bujang sebagai Kapten Bersekutu dimana beliau juga merupakan Pengerusi Jawatan Pengurusan Bencana daerah Sematan.

    Sementara itu, seramai empat orang ketua kampung dilantik sebagai penyelaras komuniti bagi membantu dan memudahkan pengurusan bencana di daerah Sematan.

    Majlis perasmian pejabat APM tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pejabat APM Sematan Realiti Kehendak Rakyat "