Panas Sangat Sampai Boleh Goreng Telur Atas Bonet



BRISBANE: Kerana cuaca panas melampau, seorang anggota polis Australia di Birdsville sempat menggoreng telur di atas bonet kereta perondanya.

Satu rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook Jabatan Polis Queensland menunjukkan seorang anggota menggoreng telur dalam kuali yang diletakkan di atas bonet keretanya.

Video itu dimuat baru-baru ini dan ditonton lebih tiga juta kali dalam tempoh lima hari.

Menurut catatan Biro Kaji Cuaca, suhu di Birdsville berada sekitar 41 darjah Celsius sejak sambutan Hari Australia pada 26 Januari hingga Ahad lalu.

Birdville lazimnya mencatat suhu maksimum 38 darjah Celsius pada Februari, tetapi Ahad lalu suhu paling tinggi direkodkan iaitu 47.1 darjah Celsius.

- Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA