Mahathir Sudah Melampaui Ihsannya



Anda mesti tahu bila untuk tidak terus melibatkan diri atau terlebih ihsan. Ihsan mempunyai nilai. Anda boleh menjual ihsan dengan harga yang tertentu. Akauntan akan mengklasifikasikan ini sebagai aset tidak ketara. Aset datang dalam pelbagai bentuk. Ia boleh jadi aset tetap atau aset ketara bersih (NTA). Ia boleh menjadi keuntungan masa hadapan atau pendapatan masa hadapan. Atau ia boleh menjadi ihsan. Oleh itu, apabila anda menjual harta atau syarikat, anda mengambil kira semua faktor-faktor ini.

Sebagai contoh, terdapat sejumlah besar ihsan dalam nama McDonald atau Coca-Cola. Nama itu sahaja, tanpa apa-apa aset, sangat tinggi nilainya. Nama mempunyai nilai, begitu juga reputasi. Nama bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mempunyai ihsan dan nilai yang besar. Jadi, jika anda mahu mengambil beliau sebagai pengerusi syarikat anda, ia akan menelan kos yang banyak. Persoalannya bukanlah sama ada anda mampu membayar harga 'ihsannya' tetapi sama ada organisasi anda cukup baik atau cukup layak untuk beliau meminjamkan namanya.

Dalam erti kata lain, adakah organisasi anda juga memiliki ihsan yang besar setanding dengannya? Walaupun Malaysia Airlines atau Proton bersedia untuk membayarnya AS$ 10 juta setahun (atau apa sahaja 'harga pasarannya') hanya untuk menghadiri empat mesyuarat lembaga setahun dan mempengerusikan AGM itu, kemungkinan besar Obama mungkin akan menolak tawaran itu. Beliau juga mungkin tidak mahu menerima tawaran jawatan pengerusi Petronas. Itu adalah syarikat-syarikat yang hanya seorang bekas Perdana Menteri Malaysia mahu ketuai.

Jadi, ihsan sebenarnya melihat kepada kedua-dua pihak. Ia bukan sahaja sama ada anda layak untuk saya. Ia juga sama ada saya layak untuk anda. Obama mungkin layak untuk mendapatkan Malaysia Airlines. Tetapi Malaysia Airlines mungkin tidak layak untuk mendapatkan Obama. Ini bermakna kita masih tidak mencapai persetujuan.

Ini adalah sesuatu yang Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya telah terlepas pandang dan tidak mengambil kira selepas 2003. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat - dan adalah Perdana Menteri keempat, dan oleh kerana Malaysia tidak mempunyai peraturan 'dua penggal sahaja', ia tidak sukar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Mungkin 200 tahun dari sekarang rekod itu akan dipecahkan oleh seorang lagi rakyat Malaysia yang akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 30 tahun - kecualilah Parlimen meluluskan Rang Undang-undang yang menyatakan seorang Perdana Menteri hanya boleh memerintah selama dua penggal atau dua pilihan raya umum sahaja.

Apa-apa pun, 22 tahun adalah masa yang lama dan adalah rekod setakat ini. Jadi itu menarik banyak ihsan. Tambahan pula, tempoh itu adalah 'tahun yang baik’ (dari segi ekonomi, walaupun bukanlah tahun yang baik dari segi kebebasan awam, hak asasi manusia dan rasuah, yang mana mungkin adalah tahun yang paling teruk) dan era ‘baby boom’. Jadi, ramai rakyat Malaysia membesar dengan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mereka membesar semasa ‘period of plenty’.

Oleh itu, ia benar-benar tidak penting siapakah yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1980-an. Jika Tun Dr Ismail Abdul Rahman tidak meninggal pada Ogos 1973, yang menyaksikan Tun Hussein Onn mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru, dan jika Tun Razak Hussein tidak meninggal dunia pada Januari 1976, yang menyaksikan Hussein Onn mengambil alih sebagai Perdana Menteri yang baru , dan jika Tengku Razaleigh Hamzah tidak sebegitu bodoh, maka tiada siapa yang akan kenali Mahathir dan ramai rakyat Malaysia tidak akan membesar dengan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ya, ia bukan sahaja dua kematian, satu pada tahun 1973 dan satu lagi pada tahun 1976, yang mengubah sejarah Malaysia. Ia juga Tengku Razaleigh tidak berpandangan jauh yang menyebabkan Mahathir, dan bukannya beliau, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Hussein Onn. Pada masa itu kita tidak mempunyai internet, kerana jika internet ada, Pakatun dan DAPster akan menuduh Mahathir menyebabkan serangan jantung Tun Dr Ismail dan leukemia Tun Razak.

Apa-apa pun, Hussein Onn mahu Tengku Razaleigh tetapi Putera Kelantan memutuskan untuk membiarkan Mahathir mengambil alih, dan bukannya menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Hussein Onn, beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir apabila Mahathir mengambil alih dari Hussein Onn – kecualilah jika Mahathir, juga, meninggal dunia semasa berkhidmat seperti Tun Dr Ismail dan Tun Razak.

Apa yangTengku Razaleigh tidak pernah jangkakan ialah apabila Mahathir mengambil alih daripada Hussein Onn beliau memungkiri perjanjian itu dan memilih Tun Musa Hitam dan bukannya beliau sebagai timbalannya (walaupun beliau berkata Umno dan bukannya beliau yang memilih Musa). Sebabnya adalah sangat mudah. Mahathir membenci kerabat diraja (itulah sebabnya beliau membenci Tunku Abdul Rahman) dan Tengku Razaleigh adalah seorang yang degil yang mempunyai pendiriannya sendiri. Jadi tidak mungkin Mahathir dapat mengawal Tengku Razaleigh dan membuat beliau akur. Dan dengan Musa sebagai orang nombor dua, Mahathir boleh terus memantau Tengku Razaleigh dan ancaman cabaran ke atas kedudukannya akan dihapuskan.

Ia sebenarnya adalah satu langkah yang sangat jelas dan sesuatu yang Mahathir telah merancang untuk beberapa ketika. Ia adalah satu perbuatan kejam untuk mengeluarkan Tun Dr Ismail dari arena politik Malaysia pada tahun 1973 dan mengeluarkan Tun Razak pada tahun 1976. Jika tidak, saya tidak akan menulis artikel ini dan seluruh hidup saya akan menjadi sangat berbeza daripada hari ini. Tetapi Tuhan telah mengambil Tun Dr Ismail pada tahun 1973 dan Tun Razak pada tahun 1976, memberi laluan kepada Mahathir untuk mengambil alih pada tahun 1981 dan berkhidmat selama 22 tahun sehingga 2003.

Apa-apa pun, seperti biasa saya mengulas panjang lebar. Apa yang saya hendak tekankan adalah bahawa Mahathir, kerana kematian dua orang, dan kerana kebodohan Tengku Razaleigh, menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Dan itu menarik banyak ihsan. Apabila Mahathir bersara pada tahun 2003, beliau membawa bersama banyak ihsan bersama-sama dengannya.

Tetapi ihsan adalah aset tidak ketara dan dari masa ke masa ia terhakis dan jatuh nilainya. Dan jika anda menyalahgunakan ihsan itu, ia terhakis dan nilai jatuh pada kadar yang lebih cepat. Semasa Mahathir mula menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006, beliau masih mempunyai banyak ihsan. Jadi orang ramai membenarkan beliau terlepas dengannya. Tiada siapa yang mengutuk atau menghentam Mahathir. Malah, pada tahun 2008, Cawangan Khas menasihatkan Abdullah untuk meletakkan jawatan kerana ihsan beliau tidak setanding dengan Mahathir - dan dalam konfrontasi terbuka yang telah berlaku di antara Mahathir dan Abdullah sejak 2006, Mahathir akan menang (walaupun Abdullah mempunyai prestasi pilihan raya yang terbaik dalam sejarah Malaysia pada tahun 2004).

Jadi Abdullah meletak jawatan dan pada April 2009 Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Tetapi apa yang Mahathir terlupa adalah bahawa sementara Abdullah mungkin adalah penggantinya, Najib bukanlah penggantinya. Najib adalah pengganti Abdullah. Oleh itu, walaupun Mahathir boleh memaksa ihsannya ke atas Abdullah, beliau tidak boleh melakukan perkara yang sama dengan Najib. Malah, ihsan itu kini dimiliki oleh Abdullah dan bukannya Mahathir.

Apa-apa pun, Najib masih memberikan Mahathir sedikit ihsan. Tetapi Mahathir melampaui ihsan beliau. Apa yang Mahathir tidak sedari adalah bahawa ihsan beliau bertarikh November 2003 dan pada November 2013, ia sudah mencapai umur sepuluh tahun. Ihsan juga mempunyai tempoh hidupnya dan tarikh luput dan ihsan Mahathir sudah lebih kurang sampai ke akhir tarikh penggunaannya. Menjelang November 2014, Mahathir tidak mempunyai ihsan yang tinggal lagi. Dan apabila Mahathir secara terbuka mengisytiharkan perang ke atas Najib pada bulan Disember 2014, beliau tidak mempunyai apa-apa lagi.

Hari ini, Mahathir tidak lagi mempunyai apa-apa ihsan yang tinggal. Malah kebaikan yang mungkin beliau lakukan dalam sepuluh tahun pertama beliau sebagai Perdana Menteri pada 1980-an telah dilupakan. Apa yang ramai ingat hanyalah bahagian yang buruk selama 22 tahun pemerintahannya. Dan ini adalah tempoh di mana beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan daripada Umno (tahun lepas), dan membentuk parti baru beliau (PPBM atau Pribumi), dan mengambil alih sebagai Pemimpin de facto Pembangkang, dan cuba untuk menyatukan semua parti pembangkang di bawah satu bumbung (Pakatan Harapan) dan sebagainya.

Sepuluh tahun yang lalu pada tahun 2006 ini mungkin berkesan. Pada tahun 2006, apabila beliau membuat keputusan untuk menentang Abdullah, ihsan Mahathir amat besar. Malah, ia adalah terlalu besar sehingga apabila beliau memberitahu orang Cina, termasuklah mereka dari Barisan Nasional, untuk mengundi pembangkang pada 2008, mereka melakukannya (Chinese Tsunami Dr Mahathir). Dan itulah sebabnya 5 negeri dan 82 kerusi Parlimen jatuh ke tangan pembangkang. Mahathir kini menyedari bahawa apa yang beliau lakukan pada tahun 2006 dan 2008 tidak boleh lagi berkesan hari ini. Tetapi apa yang Mahathir nampaknya tidak sedar ialah ia tidak lagi berkesan kerana beliau tidak lagi mempunyai ihsan yang diperlukan untuk memastikan ia berkesan.

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 13 Februari 2017.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA