Lundu Destinasi Pertama SPEKTRA




LUNDU: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan Lundu terpilih sebagai destinasi pertama pembinaan rumah di bawah Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA)

Beliau berkata, dasar baharu perumahan yang diperkenalkan kerajaan negeri itu menyaksikan sebanyak 26 unit rumah akan dibina.

Menurutnya, rekaan rumah tersebut berbeza dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kerana ia dibina dengan konsep bertiang dan tinggi.

"Kerajaan pusat buat rumah mesra banyak tidak bertiang dan apabila banjir semua perlu berpindah ke pusat pemindahan.

"Jadi kita mengambil keputusan untuk membina rumah bertiang dan lebih tinggi dikenali SPEKTRA," katanya.

Beliau menjelaskan, kawasan tumpuan pembinaan rumah SPEKTRA turut merangkumi kawasan luar bandar.

"Kita akan bangunan konsep baharu ini di kawasan luar bandar juga dengan harga berpatutan," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Abang Johari turut mengumumkan peruntukan RM50 juta kepada Mutiara Mortgage and Finance untuk pembiayaan perumahan.

"Kita di Sarawak mempunyai institusi kewangan sendiri bagi membiayai pinjaman perumahan rakyat negeri ini.

"Saya umumkan RM50 juta untuk permulaan," jelasnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA