Lelaki Gila Seks Suka-Suka Campak Air Mani Dekat Baju Orang



Seorang wanita yang sedang membeli barang keperluan harian di salah sebuah pasaraya di Jalan Klang Lama bedepan detik hitam apabila seorang lelaki mencampakkan air mani pada bajunya.

Mula menyedari seakan renjisan air di belakang bajunya, wanita berkenaan, Lim Alvin menyangka ianya hanya percikan air dari lantai.

"Semasa saya sedang melihat label produk, saya rasakan belakang baju saya basah dan terdapat percikan cecair pada kaki saya.

"Saya sangkakan saya terpijak air di lantai atau cecair sabun yang saya pegang itu tumpah. Tetapi macam mana belakang badan saya pula basah?" katanya dipetik Facebook beliau.

Wanita berkenaan kemudiannya berpaling ke belakang dan mendapati seorang pemuda melepasinya dengan keadaan tergesa-gesa seolah-olah cuba lari.

Tambahnya, selepas mendapat bantuan pengawal keselamatan, lelaki berkenaan berjaya dihalang daripada keluar dari pasaraya berkenaan.

Lelaki berkenaan kata Lim menafikan memperlakukan perbuatan tidak senonoh itu kepadanya sambil menegaskan percikan berkenaan cuma air biasa.

"Tetapi selepas pengawal keselamatan itu memeriksa titisan 'air' berkenaan di lantai dan memberitahu ianya merupakan air mani berdasarkan bau dan konsistensinya.

Kesan air mani di baju mangsa dan lantai pasarayaKesan air mani di baju mangsa dan lantai pasaraya

"Saya meminta untuk melihat rakaman CCTV dan berjaya merakam insiden berkenaan menggunakan telefon bimbit sebagai bukti kelakuan lelaki gila seks itu," katanya.

Jelas Lim, selepas 'terkantoi', lelaki berkenaan kemudiannya merayu agar tidak dikenakan tindakan dan meminta agar dirinya dipukul sebagai balasan diatas perbuatan keji berkenaan.

Setelah mengambil gambar kad pengenalannya, lelaki berkenaan dibebaskan dan Lim ke balai polis untuk membuat laporan.

"Pihak polis memberitahu saya bahawa lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau merakam video bawah skirt gadis secara rambang. Saya membuat naik insiden ini untuk memberi amaran kepada wanita diluar sana perkara ini boleh berlaku dimana-mana, termasuk di pasaraya," katanya lagi.- Malaysian Digest

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA