Lelaki Ditahan Miliki Senjata Api

Image may contain: 1 person, motorcycle and outdoor
LAWAS: Seorang lelaki yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berburu ditahan polis peronda Lawas jam 10.30 pagi tadi.

Pemeriksaan lanjut polis mendapati lelaki yang bekerja sendiri itu juga membawa bersamanya selaras senjatapi buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memberitahu ketika ditangkap lelaki dari Kampung Merangang, Lawas sedang menunggang motosikal tanpa menggunakan topi keledar di Kilometer 17 Jalan Merapok, Lawas.

Katanya, soal siasat polis terhadap lelaki berusia 27 thn itu memberitahu dia baru selesai menghantar rakan berburunya ke Kampung Seberang Kedai.


Menurut keterangannya, mereka keluar berburu di kawasan Bukit Kelawar seawal jam 3.00 pagi.

Polis merampas selaras senjatapi buatan sendiri dan sebutir peluru 12 bore yang belum digunakan serta menyita sebuah motorsikal.

Lelaki berkenaan kini ditahan di lokap Balai Polis Lawas untuk melengkapkan siasatan kes.

Kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Senjatapi 1960 kerana kesalahan memiliki senjatapi buatan sendiri. Penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua~duanya jika sabit kesalahan. - DL

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA