Lebih 1,000 Penduduk Lundu Hadiri Ceramah Ustaz Kazim




LUNDU: Kehadiran penceramah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias menarik lebih 1,000 penduduk untuk mendengar ceramahnya di Darul Tafqwa di sini, malam ini.

Ceramah beliau anjurab Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diadakan selepas solat Isyak dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Sebelum itu, bacaan surah Yasin dan majlis tahlil yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya diadakan untuk Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Selepad bacaan Yasin, Abang Johari menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM970,000 untuk membaiki surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Sumbangan berkenaan diluluskan Allahyarham Adenan ketika menjadi Ketua Menteri, tahun lalu.

Selepas solat Isyak, solat hajat yang diketuai Juanda diadakan bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Sabtu ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA