• Ketam Jadi Tumpuan Di Tanjong Datu

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+



    DAYA TARIKAN.. sesiapa sahaja apabila disebut ketam, sama ada ketam kalok atau ketam suri akan terbayang pelbagai jenis resipi untuk dijadikan juadah pilihan.

    Tanjong Datu menjadi tumpuan ketika ini seperti mana diketahui, Ketam merupakan salah satu tarikan di kawasan tersebut.

    Antaranya ialah Ketam goreng yang terletak kira kira 110 kilometer dari Bandar Raya Kuching yang dikatakan antara ketam goreng termurah dan sedap di Sarawak.

    Penggemar makanan laut pasti tidak menolak sebarang sajian ketam kerana tidak mahu terlepas merasai isinya yang lembut dan enak, apatah lagi jika ketam yang baru ‘naik’ dari laut.

    Istimewanya, ketam boleh dimasak dalam pelbagai jenis masakan.

    Walaupun kepayahan mengopek ketam, tetapi keenakan rasanya membuatkan orang ramai sanggup mengetepikan halangan itu. -Sarawakiana
  • No Comment to " Ketam Jadi Tumpuan Di Tanjong Datu "