Kelahiran Bayi Bongkar Hubungan Sumbang Mahram Dua Beradik Di Betong


BETONG: Kelahiran bayi bongkar hubungan sumbang mahram antara dua beradik semalam.

Memetik laporan laman Facebook RTM, mangsa berusia 17 tahun mengandungi selepas dirinya dirogol oleh abang kandungnya yang berusia 35 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes ini terbongkar apabila remaja berkenaan mendapatkan rawatan selepas bersalin di Hospital Sri Aman pagi semalam.

Hasil soal siasat pihak polis dengan mangsa mendapati, dia telah dirogol oleh abang kandungnya sendiri sejak bulan April tahun lepas di sebuah sekolah dekat Pusa, Betong.

"Hasil laporan ini telah membawa kepada penangkapan abang kandung mangsa pada jam 6.40 petang di sebuah rumah di Debak.

Kes disiasat dibawah seksyen 376, B kanun keseksaan, bagi sumbang mahram.-Sarawakiana 

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA