Inikah Pembunuh Kim Jong Nam? Polis Kata Tunggu Siasatan Selesai


Polis enggan mengulas mengenai gambar wanita dipercayai suspek pembunuhan Kim Jong-Nam yang merupakan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un yang tersebar di akhbar dan media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat yang sedang berjalan sekarang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Tiada sebarang kenyataan akan dibuat oleh pihak polis sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA