Harga Minyak Jatuh Pagi Ini




NEW YORK: Harga minyak mentah menurun sekitar dua peratus pagi ini, iaitu penurunan terbesar sejak pertengahan bulan lalu, susulan tekanan pengukuhan Dolar Amerika Syarikat (AS) dan petunjuk kenaikan pengeluaran daripada pengeluar AS.

Penurunan prestasi itu berlaku walaupun pelabur disogok dengan laporan OPEC yang membuktikan pelaksanaan persetujuan pengurangan tahun lalu dilaksanakan sepenuhnya oleh negara ahli.

Dagangan hadapan Brent kerugian AS$1.11, atau dua peratus kepada AS$55.59 setong manakala WTI jatuh 93 cent atau 1.7 peratus kepada AS$52.93 setong.

Kedua-duanya menunjukkan penurunan terbesar untuk kedua-dua kontrak sejak 18 Januari 2017.

"Kejatuhan harga minyak mentah adalah disebabkan pengukuhan dolar dalam sesi dagangan awal, diburukkan lagi dengan peningkatan jumlah pengeluaran minyak AS serta lonjakan produktiviti jumlah telaga minyak syal di AS," kata Presiden Perunding Tenaga WTRG Economics, James Williams, di Arkansas.

Harapan kepada pengurangan cukai AS dapat melonjakkan keuntungan pegangan korporat dan pelaburan berjaya mengangkat dolar mencecah paras tertinggi tiga minggu berbanding mata wang lain, sekali gus memberi tekanan besar bagi minyak yang didominasi mata wang itu.

Pengeluaran Minyak Syal AS bagi Mac dijangka meningkat ke paras tertinggi untuk tempoh lima bulan berdasarkan data dikeluarkan kerajaan itu Isnin lalu, selepas syarikat tenaga melonjakkan aktiviti penggalian sebaik harganya kembali berlegar sekitar AS$50 setong. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA