Hanya Kerajaan BN Mampu Memperjuangkan Hak NCR


SEMATAN: Hanya kerajaan dibawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa memperjuangkan hak milik kepada pemilik tanah adat bumiputera (NCR).

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Kerajaan Sarawak juga telah memulakan langkah drastik pengukuran perimeter bagi tanah-tanah seterusnya akan mengeluarkan dokumen hak milik rasmi kepada setiap pemilik.

Menurutnya, kerajaan BN sentiasa mengiktiraf kewujudan tanah NCR mengikut undang-undang yang sedia termaktub.

"Sehingga kini pihak Jabatan Tanah dan Survei berjaya mengukur sebanyak 2.5 juta ekar tanah dan sebanyak 1.8 juta lebih ekar telah dikeluarkan dokumen hak milik bagi fasa pertama yang dilakukan oleh inisiatif baru.," katanya ketika ditemui media selepas Majlis pemimpin bersama rakyat di rumah Panjang Nek Bujur Pueh disini petang tadi.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak berkata, bagi fasa kedua pengukuran tanah lot individu telah mengukur sebanyak 18ribu ekar tanah dan program pengukuran secara berterusan agar setiap individu mendapat hak milik tanah akan dikeluarkan untuk semua lot.

Jesteru katanya, jika dilihat dari manifesto BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 (PRN-11) jelas menunjukan kesungguhan kerajaan dalam menjamin hak keatas tanah NCR.

Awang Tengah turut memberitahu beliau akan mengarahkan pihak Jabatan Tanah dan Survei supaya mengutamakan pengukuran terhadap tanah NCR milik penduduk Kampung Pueh dan memastikan pengukuran dijalankan secepat mungkin.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA