Guru Tadika Dan Penganggur Disyaki Edar Dadah

Image may contain: indoor
Berstatus guru di salah sebuah tadika swasta, penangkapan seorang suspek wanita yang dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di Miri, adalah di luar jangkaan banyak pihak. 

Lebih memeranjatkan, dua kanak~kanak lelaki berusia lingkungan enam tahun juga berada di dalam kenderaan yang sama ketika guru berusia 32 tahun itu ditangkap oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superitendan Sahar Abdul Latif berkata polis merampas sejumlah dadah pelbagai jenis dari guru tadika dan seorang lagi suspek.

Menurut Supt Sahar, guru tadika berstatus bujang itu ditangkap jam 1.00 petang tadi bersama seorang rakannya, wanita berusia 34 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pemeriksaan awal polis ke atas kenderaan Myvi berwarna merah yang diparkir dalam keadaan mencurigakan di belakang bangunan kedai di Permy Jaya, Miri, menemui satu beg uncang berwarna kelabu mengandungi lima paket plastik lutsinar ketulan dadah jenis syabu.

Syabu dengan berat kasar 53.55 gram tersebut disembunyikan pada ruang brek tangan kenderaan berkenaan.

No automatic alt text available.

MIRI: Penemuan syabu dan maklumat dari soal siasat awal polis, kedua~dua wanita tersebut kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah rumah di Vista Perdana Phase 1, Bandar Baru Permy Jaya.

Di dalam bilik tidur rumah tersebut, wanita berkenaan telah mengeluarkan satu kotak hitam dari almari.

Polis menemui satu plastik mengandungi lima paket lutsinar dadah jenis KETAMINE seberat 250 gram, satu plastik hitam mengandungi 10 paket lutsinar ketulan dadah jenis syabu seberat 143 gram dan satu plastik mengandungi 100 biji pil warna kemerahan disyaki dadah ECSTACY seberat 27 gram.

Pemeriksaan saringan awal air kencing terhadap kedua~dua wanita berbangsa Iban berkenaan positif Ampethamine.

Mereka kini ditahan dalam lokap polis sementara menunggu permohonan perintah tahanan reman bagi melengkapkan siasatan kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. - DL

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA