Fanatik Naruto Sampai Bawa Ke Nama Anak


BARU-baru ini tular nama seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Putra Naruto di laman sosial.

Nama bayi terbabit dikongsikan sendiri oleh bapanya, Mohd Shah Rizal yang juga merupakan seorang hos dan pelakon baharu di laman Instagramnya sendiri.

Foto itu setakat ini telah menerima hampir 4,000 like dan pelbagai komen ditinggalkan netizen berhubung nama bayi comel tersebut.

Ada yang kasihan dengan nama ‘unik’ bayi itu kerana kebanyakan dari mereka sudah mula dapat meramalkan masa depan bayi itu yang kemungkinan besar akan dibuli rakan-rakan seusianya hanya kerana nama Naruto yang diberikan ibu bapanya.

Berkemungkinan besar si bapa meletakkan nama Naruto kerana obses dengan watak kartun manga Jepun yang diminatinya.

Naruto merupakan siri manga popular negara matahari terbit itu yang diterbitkan oleh pelukis Masashi Kishimoto.

Menerusi pemeriksaan Mynewshub, perkataan naruto juga mempunyai maksud lain dalam bahasa Jepun iaitu kek ikan yang distim.

Bagi anda wajarkah ibu bapa memberikan nama yang terlalu komersil buat anak mereka semata-mata minat yang terlampau terhadap sesuatu watak kartun itu?

Nama merupakan satu doa buat anak-anak, seelok-eloknya letaklah nama yang memberikan pengertian yang baik agar nama budak itu tidak ‘memakan dirinya’ sendiri kelak. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA