Datuk Amar Jamilah Diumum Calon BN Tanjong Datu


KUCHING: Datuk Amar Jamilah Haji Anu diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg membuat pengumuman itu pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dekat sini sebentar tadi.

Datuk Amar Jamilah, 62 merupakan balu kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau dilahirkan di Bau pada 14 Ogos 1955, berkelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah.

Selain aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, Jamilah merupakan Pengarah Yayasan Jaznan, Penaung Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Penaung Persatuan Kanak-Kanak Terencat Akak (PERKATA), Penaung Persatuan Pengasuh & Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Jantung Sarawak.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari, manakala hari penamaan calon pada 4 Februari. - Sarawakiana

2 comments:

  1. Saya berharap beliau menang tanpa bertanding..in sya Allah.

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA