• Tak Perlu Menyibuk Urusan Orang Islam – Dr Juanda

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang berkali-kali menyentuh urusan yang melibatkan masyarakat Islam di negeri ini.

    Beliau mempersoal dalam persekitaran masyarakat Sarawak yang harmoni, mengapa isu halal haram makanan untuk orang Islam pun ada pihak lain yang ingin menyibuk.

    Menurutnya, orang lain tidak perlu sibuk untuk mengatur cara orang Islam mentaati Allah.

    “Isu halal haram makanan orang Islam pun sidak mok gago juak kah...,

    “Orang Islam mok taat dengan Allah pun sidak mok ngatur cara juak kah...,” luahnya menerusi akaun Facebook hari ini.

    Beliau yang juga mantan Mufti Perlis berkata, jelas sekali pihak berkenaan semakin bertindak berlebihan. Namun masih ada juga orang Islam yang sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga.

    “Ya ku madah dak tuk dah makin ter over over. Ya pun masih ada mata orang kita yang gik buta dan telinga gik bengal...,” tegasnya

    Kenyataan Juanda dipercayai merujuk kepada kritikan pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang menyifatkan isu Kek Halal menerupakan salah satu dasar rasis UMNO menerusi landasan perniagaan.

    Dalam satu kenyataan awal minggu ini, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa turut menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan menyemak kesemua dasar yang ada di Sarawak agar tidak mempunyai pengaruh atau elemen daripada dasar UMNO.

    Pada 29 Disember lalu, McDonald’s mengesahkan pelaksanaan polisi hanya membenarkan kek dengan pengesahan halal dibawa masuk ke premisnya untuk mematuhi garis panduan pensijilan halal Jakim.

    Sementara itu, Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang menggesa McDonald’s Malaysia tidak melaksanakan polisi halal tersebut di negeri Sarawak.

    Tiang turut menyifatkan polisi pensiijilan halal sebagai tindakan pelampau agama. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tak Perlu Menyibuk Urusan Orang Islam – Dr Juanda "