• Tadbir Urus Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak Dipertingkatkan

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+

    KUCHING: Makmal Prosedur Operasi Standard (SOP) CCT Mentadbir Urus Kes Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak telah diadakan pada 27-28 Disember 2016.

    Makmal tersebut disertai 42 peserta daripada jabatan dan agensi yang terbabit dengan menangani kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

    "Penganjuran makmal ini adalah untuk pemurnian bagi makmal pertama yang telah diadakan pada 15-17 Oktober 2016. 


    "Tujuan utama penganjuran makmal ini adalah untuk mewujudkan persekitaran, mental, emosi, rohani dan sosial yang sihat dan selamat sama ada di rumah, tempat awam atau tempat kerja melalui pengurusan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak yang cekap dan berkesan," kata Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah.

    Beliau berkata, ia turut memberi fokus kepada pembangunan SOP bagi mentadbir urus kes-kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak secara cekap dan berkesan supaya keselamatan serta kebajikan mereka terjamin dan terjaga.

    Makmal tersebut turut mengenalpasti dan menyenaraikan tindakan yang perlu diambil oleh pihak-pihak yang berwajib bagi memastikan SOP yang dibangunkan mencapai tujuannya.

    Hadir sama Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato' Dev Kumar. - Sarawakiana

  • No Comment to " Tadbir Urus Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak Dipertingkatkan "