• 'Sedap Kacang Ni'

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+


    Menurut pakar sains, kacang mempunyai khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan. Terdapat pelbagai jenis kacang dipasaran serta banyak juga telah digabung bersama bahan lain seperti coklat dan sebagainya.

    Berkenaan perihal kacang, terdapat peristiwa menarik yang boleh dikongsikan bersama pembaca sekadar hiburan semata-mata.

    Begini kisahnya, seorang makcik yang menunggu teksi di lapangan terbang sempat membeli-belah di situ selepas tiba dari luar negara. Banyak juga makanan ringan dibeli.

    Maklumlah perjalanan dari lapangan terbang ke kampung memgambil masa satu jam setengah. Setelah beberapa ketika menunggu teksi, akhirnya sebuah teksi menumpangkan makcik ke destinasi yang ingin dituju.

    Dalam perjalanan tersebut, makcik duduk di belakang mulalah membuka makanan ringan untuk menggalas perut. Makcik mulalah makan apa yangdibeli tadi.

    Makcik bertanyakan kepada pemandu teksi samaada mahu makan kacang atau tidak. Pemandu teksi pantas menjawab 'Ya' sambil menghulur tapak tangan ke belakang tanpa melihat wajah makcik.

    Sekali sekala pemandu teksi mengatakan 'Sedap Kacang Ni' sambil terus mengunyah kacang tersebut.

    Setiba di lokasi, makcik terus mengucap terima kasih kepada pemandu teksi kerana sanggup menghabiskan kacang yang diberikan. Bukan apa kata makcik, beliau tidak mampu mengunyah kacang yang bersalut coklat kerana tidak mempunyai gigi.

    Muka pemandu teksi nampak berubah dan terus pergi selepas menerima tambang yang makcik beri. Walau apa pun, cerita ini sekadar hiburan dan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Sedap Kacang Ni' "