• Sarawak Kehilangan Ketua Menteri Berjiwa Rakyat- PAS Sarawak

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahhari tadi di IJN Kota Samarahan.

    Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata , rakyat Sarawak telah kehilangan seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat dimana beliau salah seorang Ketua Menteri yang lantang membela hak peribumi Sarawak dan juga hak Autonomi Sarawak.

    Katanya, beliau berharap pengganti akan datang terus menyambung perjuangan membela rakyat

    "PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau serta rakyat Sarawak agar terus tabah dan bersabar menghadapi ujian sebesar ini.

    "Mungkin ramai yang masih terkilan kerana masih ramai lagi rakyat Sarawak terutama di luar bandar masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri.

    "Walaupun beliau tidak lama menjadi Ketua Menteri Sarawak tapi jasa beliau terhadap rakyat Sarawak tetap jadi kenangan. Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan meletakkan roh beliau bersama roh para solehin

    11 Januari 2017

    @CPPnews
  • No Comment to " Sarawak Kehilangan Ketua Menteri Berjiwa Rakyat- PAS Sarawak "