Rumah Dibakar Lelaki Mengamuk Di Matang, 3 Rentung


KUCHING: Tiga rentung termasuk dua warga emas selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Tumu Batu 10, Jalan Matang disini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Dalam kejadian berlaku sekitar jam 3 petang itu, sebuah rumah didiami 10 sekeluarga dibakar seorang lelaki mengamuk dirumah berkenaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima dari orang awam.

"Setibanya anggota dilokasi kejadian mendapati sebuah rumah kampung musnah dijilat api dan meragut nyawa tiga mangsa yang gagal menyelamatkan diri", katanya.

Mangsa maut dikenalpasti sebagai Noraini,62, Daud,64 dan Mohd Joe Abdullah,23 manakala seorang lagi mangsa cedera ditetak dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, isteri Mohd Joe yang dikenali sebagai Sofia Asan, 17 menceritakan insiden yang berlaku ketika kejadian apabila seorang lelaki meluru masuk kedalam rumah mereka sebelum menetak suaminya Mohd Joe sehingga maut dan bertindak membakar rumah dengan membakar kusyen diruang tamu rumah selepas menetak suaminya dan terus melarikan diri ke hutan berdekatan.

"Saya dan anak bersama-sama ibu sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang rumah.

"Bagaimanapun nenek (Noraini) yang sakit dan datuk (Daud) yang buta tidak dapat menyelamatkan diri dan ditemui terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA