• Polis Selamatkan 11 Wanita Vietnam Mangsa Sindiket Pelacuran

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan 11 wanita warga Vietnam dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Sri Petaling di sini, semalam.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata serbuan dilakukan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu berhasil menahan seorang lelaki dipercayai penjaga premis berkenaan.

    "Syabas Unit ATIP JSJ @PDRMsia Bukit Aman selamatkan 11 wanita Vietnam mangsa eksploitasi seks di Sri Petaling. Tahan seorang penjaga #GoPDRMGo," katanya menerusi akaun Twitter rasminya, malam tadi.- Berita Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Selamatkan 11 Wanita Vietnam Mangsa Sindiket Pelacuran "