Polis Marin Wilayah Lima Rampas Balak Bernilai RM55,000


SIBU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak  merampas sebanyak 160 balak pelbagai jenis bernilai RM55,000 di tepi Sungai Rajang berdekatan Kampung Banyok, di sini, semalam.

Memetik kenyataan Komander Pasukan Polis Marin  Wilayah Lima Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman dalam akhbar Harian Metro, longgokan balak berkenaan ditemui sepasukan anggota yang menjalankan Ops Pensura di tepi sungai sekitar jam 10.15 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua balak berkenaan tidak mempunyai cop Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan hasil rampasan balak diserahkan kepada JHS untuk tindakan lanjut.", katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 90 Ordinan Perhutanan Sarawak 2015-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA