PKR Tampil Muka Baru Pada PRU14


Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tampil muka baru bagi memantapkan struktur parti berkenaan untuk mendapat kemenangan besar. Semalam PKR telah mengumumkan muka baru yang akan bertanding di Parlimen Baram membuktikan PKR sudah bersiap sedia pada PRU nanti.

Mungkin ini strategi terbaru PKR kerana PRN11 Sarawak yang lepas PKR tidak mampu meningkatkan prestasi apabila cuma menang tiga kerusi DUN daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Mungkin kali ini PKR terus menampilkan muka baru untuk menghadapi setiap piliharaya.

Ada kemungkinan juga PKR akan menamatkan muka-muka lama yang tidak berpotensi untuk menang. Ini memang jelas setiap kali muka lama diketengahkan, keputusan pilihanraya tidak memihak kepada mereka dan ini menunjukkan muka lama bukan lagi harapan sebagai calon menang PKR.

Samaada ia dapat diterima oleh muka lama, terpulang pada pendirian mereka sendiri. PKR sudah terlalu lama merudum prestasinya akibat calon yang tidak dapat mempengaruhi pengundi Sarawak. Mungkin sudah tiba masanya PKR merombak struktur strategi yang lebih berkesan untuk kepentingan PKR.

PRU14 berkemungkinan besar muka lama terpaksa mengucap selamat tinggal untuk dijadikan calon jawatan wakil rakyat dan kembali berbakti kepada keluarga. Lupakan sahaja impian menjadi wakil rakyat kerana muka muda berkemungkinan lebih berpotensi untuk menjadi wakil rakyat. Pada masa sama, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian lebih bijak mencatur masa depan PKR dengan lebih cemerlang. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA