Pemuda PBB Hilang Bapa


KUCHING: Pemimpin muda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyifatkan pemergian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai kehilangan seorang bapa.

Setiausaha Pemuda PBB, Leonard Jambu berkata, Allahyarham merupakan pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membimbing pemimpin muda.

Menurutnya, pemergian Allahyarham juga merupakan kehilangan besar kepada Sarawak.

"Kami (Pemuda PBB) amat sedih dengan berita ini.

"Pemergian Allahyarham boleh diibaratkan sebagai kehilangan seorang bapa.

"Allahyarham banyak memberi panduan kepada kami dalam bidang politik," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Kota Samarahan kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.-Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA