• Pemergian Adenan Kehilangan Besar Sarawak - TPM

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+

    BEIJING: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada penduduk negeri berkenaan.

    Timbalan Perdana Menteri yang mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem atas kematian Ketua Menteri Sarawak itu, meminta keluarga dan penduduk negeri itu bersabar dan menerima sebagai takdir.

    Beliau yang dalam lawatan rasmi ke China bercakap kepada media sebentar tadi.

    "Saya secara peribadi dan keluarga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama Puan Sri Jamilah Anu dan anak-anak," katanya.

    Ahmad Zahid berkata, secara peribadi beliau mengenali Adenan ketika Allahyarham dilantik sebagai menteri Persekutuan selain keluarganya.

    Katanya, Adenan seorang peramah selain terbuka kepada sebarang perubahan tetapi tegas dengan keputusannya.

    Mengenai lawatannya, Ahmad Zahid berkata, rakan dalam kerajaan Sarawak meminta teruskan lawatan itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mewakili kerajaan pada majlis pengebumian nanti.
  • No Comment to " Pemergian Adenan Kehilangan Besar Sarawak - TPM "