• Pasaran Asia Stabil Dan Harga Minyak Naik

    Published: Tuesday, 10 January 2017
    A- A+
    SINGAPURA: Pasaran saham Asia berada dalam keadaan stabil semalam, dengan harga minyak meningkat daripada paras terendah dalam tempoh tiga minggu. 

    Pelabur tidak pasti sama ada pemotongan pengeluaran oleh pengeksport utama yang diterajui Arab Saudi dan Russia akan cukup untuk menyokong pasaran minyak memandangkan pengeluar lain menambah bekalan. 

    Pound sterling, bagaimanapun hampir kepada penutup terendahnya dalam tiga bulan berikutan ada kebimbangan baharu mengenai Brexit. 

    Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.3 peratus selepas permulaan sederhana. 

    Indeks Nikkei Jepun mengatasi kerugian awal untuk diniagakan hampir tidak berubah. CSI China sedikit berubah, selepas harga pengeluar negara itu mengatasi jangkaan untuk melonjak kepada paras tertinggi lima tahun pada bulan Disember, dengan harga bahan mentah meningkat susulan nilai yuan lebih lemah. 

    Inflasi pengguna juga meningkat, namun tidak menepati unjuran. Indeks Komposit Shanghai susut 0.2 peratus. 

    Hang Seng di Hong Kong menambah 0.3 peratus. Harga minyak secara marginnya lebih stabil selepas jatuh hampir empat peratus pada Isnin, penurunan harian terbesarnya dalam enam minggu. 

    Ia di tengah-tengah kebimbangan bahawa eksport minyak mentah Iraq yang tertinggi pada bulan Disember dan kenaikan output Amerika Syarikat (AS) serta pertambahan bekalan dari Iraq akan menjejaskan perjanjian oleh pengeksport, diterajui oleh Arab Saudi dan Russia, untuk mengehadkan pengeluaran. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Pasaran Asia Stabil Dan Harga Minyak Naik "