Linangan Airmata Iringi Pemergian Allahyarham Adenan


KOTA SAMARAHAN: Suasana pilu menyelubungi Pusat Jantung Hospital Umum Samarahan ketika jenazah Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dibawa keluar, sebelum dibawa menuju kediaman peribadinya siang tadi.

Hampir 500 orang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum berlinangan airmata melihat jenazah diusung keluar.

Mereka yang berada di lokasi tersebut, mengakui terkejut dengan khabar yang menyedihkan ketika sedang melawat keluarga di pusat jantung.

Selama ini mereka tidak mengetahui bahawa Ketua Menteri telah di masuk ke wad pusat berkenaan, mereka hanya mengetahuinya melalui jururawat di situ dan bergegas ke tempat menunggu jenazah.

Sebaik sahaja jenazah diusung keluar, mereka tidak tahan menahan sebak melihat seorang pemimpin yang berjasa telah pergi buat selamanya.

Bagi mereka, Allahyarham adalah pemimpin yang dekat di hati dan pemergiannya memang begitu terasa kerana beiau adalah pemimpin yang menjadi wira kepada seluruh kaum di Sarawak.

Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menghembus nafas terakhir pada jam 1.24 tengahari di Pusat Jantung Hospital Umum Samarahan hari ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA