Lebih 60 Maut Musim Sejuk Di Eropah

WARSAW: Suhu melebihi paras beku yang melanda Eropah, setakat ini mengorbankan lebih 60 nyawa, kebanyakannya di Poland, Romania dan wilayah Balkan.

"Sebahagian besar mangsa adalah pendatang asing dan gelandangan," kata pihak berkuasa, semalam. 

Enam orang dilaporkan maut di Poland, manakala tujuh lagi di negara Balkan dalam tempoh 24 jam, selepas suhu turun secara mendadak, sementara Romania mengisytiharkan enam penduduknya maut dalam tempoh beberapa hari. 

Dalam pada itu, pihak berkuasa di sini, melaporkan kematian akibat hipotemia meningkat kepada 71 orang sejak 1 November lalu. 

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu golongan berisiko seperti gelandangan, berikutan suhu kini menjunam ke paras -20 darjah Celsius. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA