• Lanun Serang Bot Nelayan Filipina, Lapan Terbunuh

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+


    FILIPINA: Sekurang-kurangnya lapan nelayan terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata disyaki lanun menyerang sebuah bot di perairan selatan Filipina.

    Jurucakap pengawal pantai, Komander Armand Balilo berkata, bot nelayan Filipina dengan 15 anak kapal sedang beroperasi di luar Pulau Laud Siromon berhampiran Semenanjung Zamboanga, sebelum ia diserang lima lelaki menaiki bot laju, malam kelmarin.

    "Penyerang melepaskan tembakan ke arah nelayan. Lapan terkorban, manakala lima yang lain bertindak terjun ke dalam laut dan berenang ke pulau berhampiran. Dua lagi nelayan gagal melarikan diri namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

    "Kami menganggap ia sebagai serangan lanun.

    "Jika ia didalangi kumpulan militan, sudah pasti mereka akan menjadikan nelayan sebagai tebusan untuk meminta wang," katanya.

    Tambahnya, penyerang berjaya melarikan diri dalam kegelapan malam dan dua kapal pengawal pantai telah dihantar ke kawasan terbabit untuk mencari mereka, lapor Reuters.- SH

    Subjects:

  • No Comment to " Lanun Serang Bot Nelayan Filipina, Lapan Terbunuh "