Kopitiam 'Hidang' Sambal Berulat


Perkongsian video We Are Malaysian Indians baru-baru ini dilaman sosial, Facebook menjadi tular apabila memaparkan sambal dipenuhi ulat di sebuah restoran kopitiam terkenal di Bandar Baru, Nilai, Negeri Sembilan.

Mangsa yang ke restoran tersebut bersama keluarga terkejut apabila dihidangkan dengan makanan yang tercemar dan menjijikkan.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 28 saat itu, dapat dilihat ulat kecil di dalam sambal yang dipercayai makanan sudah basi tetapi tetap dihidangkan kepada pelanggan.

Mangsa terus merakam video dan dapat didengari menerusi video itu rintihan mangsa yang kesal dengan makanan disediakan restoran kopitian tersebut.

“Ada banyak (ulat) kat dalam,” kata mangsa.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang dipercayai pekerja restoran kopitiam itu bertanyakan mengenai pelayan yang menghantar hidangan tersebut kepadanya.

Di pengakhiran video itu, pekerja kopitiam tersebut menjelaskan pihaknya tidak ksah jika mangsa mahu merakam video sehingga menjadi viral tetapi mereka perlu memaklumkan kejadian itu kepada
pihak restoran terlebih dahulu.

“Kalau awat nak buat pengaduan dan buat video jadi viral tak kisah tapi cakap jer lar,” kata lelaki itu.

Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen kerana restoran kopitiam yang sama sering didakwa menghidangkan makanan tercemar serta tidak mementingkan kebersihan.

Ada juga netizen yang mendakwa restoran kopitiam itu dijalankan oleh pekerja yang tidak mengamalkan cara kerja yang bersih hingga makanan tersebut tercemar.

Kebanyakan netizen menasihatkan mangsa untuk membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan polis kerana tindakan itu membahayakan nyawa pelanggan serta boleh saman malu bagi memberi iktibar.

“Buat aduan kepada Kementerian Kesihatan dan beri bukti, mereka akan datang buat pemeriksaan. Kejadian seperti ini ada baik juga supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan makanan yang diambil.

“Fikir-fikirkan lihat sekeliling siapa yang sediakan makanan anda sebelum makan. Kualiti makanan itu mestilah standard dengan kebersihan, tempat ini bukan murah jadi perlulah ada pembaharuan,” tulis Zack East. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA