'Kepala' Messi Hilang


BUENOS AIRES: Hanya kaki dan bola sepak tinggal selepas kepala, badan dan tangan arca pemain Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dibuang dalam kejadian vandalisme di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Buenos Aires berkata, mereka tidak tahu siapa bertanggungjawab atau motif bagi kejadian ini.

“Ia mangsa perbuatan vandalisme. Kami sedang berusaha membaiki arca itu,” kata sekretariat budaya bandar itu.

Arca itu didirikan di laluan Paseo de la Gloria menghadap Sungai Plate, Jun tahun lalu sejurus selepas Argentina dan Messi tewas kepada Chile dalam final kejohanan Copa America.

Kerajaan bandar itu berkata, usaha membina semula arca itu sedang dijalankan.

Beberapa arca lain didirikan di kawasan itu bagi memperingati bintang sukan Argentina, termasuk pemain bola keranjang, Manu Ginobili; pemain tenis Gabriela Sabatini dan Guillermo Vilas; juara Formula Satu, Juan Manuel Fangio dan pemain hoki, Luciana Aymar.

Suspek turut mencuri raket dari arca Sabatini.-Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA