Jerman Ancam Batal Bantuan Pembangunan



JERMAN: Kerajaan Jerman mengancam menamatkan bantuan pembangunan ke negara yang enggan mengambil pemohon suaka yang ditolak, tindak balas kegagalan suspek serangan Berlin daripada dihantar pulang.

"Mereka yang tidak beri kerjasama tidak boleh berharap mendapat manfaat bantuan pembangunan kami," menurut Naib Canselor, Sigmar Gabriel dalam satu temu bual dengan majalah Der Spiegel.

Amaran itu dibuat khususnya untuk Tunisia, tanah air kepada Anis Amri, 24, suspek dalam insiden rempuhan trak di pasar Krismas yang meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa, Disember lalu.

Jun lalu, Jerman menolak permohonan suaka Anis dan tindakan Tunisia menafikan dia rakyat negara itu menyekatnya dihantar pulang.

Ribuan rakyat utara Afrika termasuk yang hampir tidak mempunyai peluang mendapatkan perlindungan turut kekurangan dokumen untuk pulang ke negara mereka. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA