Ini Sangat Mengerikan

Johor Bahru: Panel aluminium terjatuh dari lori lalu menembusi cermin depan kereta dipandu wanita hamil di Kilometer 9 Lebuh Iskandar Sultan menghala ke Johor Bahru di sini, hari ini.

Bagaimanapun, wanita itu selamat, hanya cedera terkena serpihan kaca cermin dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari.

Wanita terbabit ketika itu memandu berseorangan diri sebelum sebatang panel aluminium terjatuh dari kenderaan berat itu lalu menembusi cermin hadapan kenderaan dinaiki mangsa.

Berdasarkan maklumat dikongsikan di FB, adik mangsa yang dikenali Cik Senah mendakwa kakaknya selamat, namun cedera akibat terkena serpihan kaca.

Wanita itu dikatakan trauma dan menggigil dengan kejadian mengerikan berlaku kepada dirinya.

Difahamkan pemandu lori turut berhenti ditempat kejadian sebelum anggota polis tiba ke lokasi kejadian bagi siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Berdasarkan laporan katanya, kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Kancil berada di lorong tengah antara tiga lorong, manakala sebuah lori berada di lorong paling kiri.

"Satu panel aluminium terjatuh dari lori dan melantun terkena bahagian cermin hadapan kereta kancil.

"Pemandu kereta mengalami kecederaan dan luka akibat terkena kaca di tangan," katanya.

Kedua-dua pihak membuat laporan polis sejurus selepas kemalangan.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA