• Dua Anggota Polis Ditahan SPRM

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+
    Image result for SPRM
    KOTA KINABALU: Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas dipercayai meminta wang sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan satu kes pergaduhan, di Sandakan jam 5 petang tadi. 

    Kedua-dua anggota polis berpangkat sub inspektor dan sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan itu berusia 50 tahun telah ditangkap dalam satu operasi perangkap di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, selepas menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun, pagi semalam. 

    Difahamkan, pada jam 11 pagi semalam, pengadu yang bekerja sebagai buruh menemui dua anggota polis terbabit di sekitar bandar Sandakan. 

    Salah seorang anggota polis itu kemudian meminta sejumlah wang RM5,000 daripada pengadu sebagai balasan untuk menyelesaikan kes pergaduhan pengadu pada 8 Disember tahun lalu. Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shahrom Nizam Abdul Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua anggota polis berkenaan. 

    "Dua anggota polis itu akan dihantar ke Lokap IPD Sandakan dan akan dirakam percakapan pada pagi esok," katanya. 

    Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) ASPRM 2009.

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Anggota Polis Ditahan SPRM "