Berputih Mata Barang Kemas RM30,000 Hilang

gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki hilang koleksi barangan kemas dianggarkan bernilai mencecah RM30,000 selepas rumahnya di Jalan Foochow di sini dipecah, masuk kelmarin.

Menurut sumber, insiden tersebut hanya disedari mangsa yang berusia 38 tahun sebaik sahaja tiba di rumahnya dalam keadaan berselerak sekitar jam 8 malam, Isnin lepas.

Hasil pemeriksaan awal, mangsa mendapati pelbagai barang miliknya serta keluarga hilang dari simpanan.

“Keadaan di dalam rumah berselerak ketika itu dan pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai barangan telah hilang termasuk koleksi barangan kemasnya yang dianggarkan bernilai mencecah RM30,000.

“Turut didapati hilang ialah set permainan Lego dan beberapa peralatan elektrik,” kata sumber.

Mangsa yang bersedih dengan kejadian tersebut kemudian tampil di balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“Dipercayai suspek telah memasuki rumah mangsa melalui pintu bahagian belakang yang didapati telah dibuka secara paksa,” kata sumber lagi.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan siasatan lanjut dan usaha menjejaki suspek oleh pihak polis masih giat dijalankan.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA