• Berpuluh Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+
    Berpuluh Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani
    TEHRAN – Berpuluh-puluh ribu rakyat Iran berada di Universiti Tehran pagi ini bagi menghadiri upacara pengebumian bekas presiden Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani. Upacara itu diketuai pemimpin pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei.

    Televisyen tempatan menunjukkan orang ramai membanjiri jalan raya di sekeliling universiti terbabit di mana Ayatollah Khamenei akan memulakan upacara dengan memberi penghormatan kepada Rafsanjani.

    Ahli politik terkemuka, yang meninggal dunia pada Ahad lalu ketika berusia 82 tahun akan dikebumikan di makam pengasas revolusi Islam, Ayatollah Ruhollah Khomeini.

    Makam Khomeini terletak di selatan Tehran. Dalam pada itu, ahli politik tertinggi daripada semua parti akan menghadiri upacara pengebumian itu.

    Beberapa poster menunjukkan Khomeini dan Rafsanjani senyum bersama-sama. Sebuah lagi poster menulis, ‘selamat tinggal pejuang’. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Berpuluh Ribu Hadiri Pengebumian Rafsanjani "