• Aram Ngupi : Kanun Tetap Kanun

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+


    Rakyat dalam sebuah negara wajib menghormati perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk menjaga kestabilan, perpaduan dan keamanan sesebuah negara. Ini termasuk Malaysia. Malah negeri ini juga turut sama mengamalkan rukun tersebut.

    Itulah perbualan 'Apai' bersama penulis duduk semeja minum kopi 'O' panas kurang manis di Samarindah Cafe pagi ini. Menurutnya, tanah telah menyebabkan pertelingkahan sesama adik beradik, kawan dan masyarakat.

    Berkenaan isu tanah yang menjadi persoalan ketika ini, beliau menjelaskan ada baiknya masyarakat tunggu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang akan membincangkan hal tersebut. Ketua Menteri sudah memberi jaminan bahawa beliau akan berbincang dengan pemimpin Dayak bagi mencari penyelesaian masalah tersebut.

    Jika diteruskan dengan pertikaian di peringkat masyarakat, maka akan berlaku kesan sampingan seperti pertelingkahan yang tidak sepatutnya berlaku. Hal berkaitan tanah sudah ada kanun dan akta tertentu yang telah dimeterai oleh pemimpin dahulu.

    Kanun tetap kanun dan ia menjadi rujukan jika terdapat pertikaian yang berkenaan sesuatu perkara dan terdapat huraian yang lebih meluas tanpa merugikan semua kaum yang berhak. -Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Aram Ngupi : Kanun Tetap Kanun "