• Aneh… ‘Lautan’ Cacing Keluar Selepas Banjir

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+
    image
    PENDUDUK di Hulu Terengganu digemparkan dengan kehadiran ‘lautan’ cacing yang keluar melimpah secara tiba-tiba selepas banjir surut.

    Tidak diketahui punca bagaimana hal itu boleh berlaku, namun seorang penduduk di Kampung Tok Lawit, Kuala Nerang, Wan Hasmah Abas, 53, memaklumkan itu adalah kejadian pertama seumpamanya berlaku.

    “Kejadian ini merupakan kejadian pertama kali berlaku, sejak berbelas tahun dahulupun saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini.

    “Cacing ini berwarna merah gelap,panjang, dan sangat licin…bukan seperti cacing yang biasa orang buat umpan untuk memancing,” katanya kepada Sinar Online.

    Menurutnya, sebelum banjir besar itu ada cacing keluar namun tidak banyak dan melimpah seperti sekarang.

    Kampung itu dilanda banjir selama empat hari.

    Terengganu mengalami banjir sejak 31 Disember tahun lalu, namun telah pun kembali pulih pada 9 Januari. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Aneh… ‘Lautan’ Cacing Keluar Selepas Banjir "