• Alice Lau Hanya Bantu Tulis Surat Rayuan

    Published: Wednesday, 11 January 2017
    A- A+

    Hampir sepenggal P211 Lanang dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP), namun masalah rakyat masih kedengaran dan belum lagi selesai sehingga kini. Yang paling ramai membuat aduan berkenaan masalah ialah masyarakat Bumiputera yang tidak mendapat pembangunan seperti yang diharapkan.

    Parlimen Lanang tidak juga terpinggir untuk menerima pambangunan hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi DAP yang mendapat kredit daripada pembangunan tersebut. Tidak perlu memberi contoh yang banyak apa yang BN usahakan, lihat sahaja Jambatan Lanang yang gah berdiri untuk kemudahan rakyat serta ia telah dimansuhkan tol bagi meringankan kos hidup penduduk berhampiran yang sering berulang alik mengguna jambatan tersebut.

    Itu satu contoh bahawa BN begitu prihatin terhadap penduduk kawasan Parlimen Lanang dan terbukti BN tetap menunaikan janji. Belum lagi sentuh berkenaan jalanraya, utiliti, klinik, sekolah dan sebagainya. Semuanya penyelesaian daripada BN untuk kepentingan rakyat.

    Apa yang dipersoalkan ialah tugas seorang Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng yang sekian lama menjadi wakil rakyat. Tiada penyelesaian setiap aduan yang dibuat oleh penduduk. Sehingga penduduk naik bosan dan mengharapkan bantuan daripada wakil rakyat daripada BN seperti ADUN Bawang Assan Dato' Seri Wong Soon Koh.

    Tugas Alice Lau hanya meminta dan menasihati orang ramai (rakyat Parlimen Lanang) supaya tampil dengan permohonan yang munasabah. Maksudnya di sini datang berjumpa dengan Ahli Parlimen dengan permohonan yang masuk akal dan bukannya dengan masalah remeh temeh.

    Bentuk bantuan yang diperlukan itu perlulah munasabah, sama ada ia menjadi kepentingan awam ataupun mereka betul-betul dalam keadaan terdesak kerana agak sukar untuk dirinya menghulurkan bantuan sekiranya bantuan diperlukan itu di luar skop tugas sebagai wakil rakyat.

    Beginikah sikap dan tugas seorang wakil rakyat yang menjadi harapan rakyat dengan menetapkan bantuan tertentu sahaja kepada rakyat. Bila rakyat suarakan masalah, beliau hanya hanya menghulurkan bantuan dengan hanya menulis surat rayuan kepada kerajaan tanpa tindakan susulan seperti wakil rakyat lain lakukan.

    Inilah masalah yang perlu ditanggung oleh rakyat jika DAP sudah berkuasa. Ambil mudah sahaja setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat tanpa membantu secara bersungguh-sungguh. Janji semasa kempen pilihan raya bukan main hebat, gunung pun boleh dijanjikan untuk rakyat namun bila berkuasa, belukar pun tidak mampu disediakan. Begitulah Ahli Parlimen Lanang Alice Lau yang bergaji beribu-ribu tetapi tugas sekadar tulis surat rayuan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Alice Lau Hanya Bantu Tulis Surat Rayuan "