KUALA LUMPUR: Ketika Malaysia hendak melangkah ke Tahun Baharu 2017, Datuk Seri Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan sentiasa mengutamakan kepentingan keselamatan dan kebajikan rakyat.

Beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan polis dan angkatan tentera atas peranan besar mereka dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan sambil memberi jaminan kerajaan akan terus berwaspada berhubung hal-hal keselamatan.

"Kita menghadapi serangan pertama berkaitan Daesh pada Jun, dan hanya semangat dan dedikasi anggota polis dan tentera yang berani yang tidak mengenal erti penat menghalang insiden seperti itu daripada terus berlaku," kata beliau dalam Perutusan Tahun Baharu 2017.

Perdana Menteri berkata kerajaan dan pasukan keselamatan akan terus melindungi Sabah terutama di Zon Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, daripada ancaman oleh kumpulan pengganas dan penculik.

Mengenai peranannya di pentas antarabangsa, beliau berkata Malaysia tidak akan memencilkan diri daripada bersuara dan akan memainkan peranan aktif bagi membangkitkan isu-isu global yang penting. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini. 

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

"Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya.

Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85). - BERNAMA


CHINA: Jambatan tertinggi di dunia berketinggian 565 meter yang menghubungkan dua wilayah pergunungan di barat daya China dibuka kepada lalu lintas.

Jambatan Beipanjiang menjangkau 1.34km antara bandar Xuanwei di wilayah Yunnan dan Shuicheng daerah Guizhou itu menelan belanja 1.023b yuan, kata penyiar China Central Television.

Jambatan empat lorong itu mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Pembinaan tersebut dapat mengurangkan perjalanan dari daerah Xuanwei dan Shuicheng yang sebelum ini mengambil masa empat jam menjadi kira-kira sejam, lapor CCTV News. -Sinar Harian


Saif Ali Khan and Kareena Kapoor Khan's baby Taimur Ali Khan Pataudi became a celebrity hours after his birth, not just because of his famous parents, but also for his controversial name.

On the one hand, everyone went gaga over the li'l cutie's pictures, but on the other, trolled Saif and Kareena for giving their son a name that also happens to be the name of a barbaric invader who slaughtered millions of Indians.

While the couple themselves didn't react, Rishi Kapoor lost his cool and asked people to mind their own business. Now, Kareena's contemporary Priyanka Chopra has spoken out about the fiasco. She told Pinkvilla, "I am very private about my personal life always and because I am a believer that even though public people are for public consumption, there is a part of their life which makes them human and makes them personal. And I definitely think it is no one's business what a family decides to do and what happens within the four walls of their house. It is such a wonderful moment and it is such a beautiful baby and he already has Kareena's pout. I am very excited for both Saif and Bebo. And the child is going to be a Prince and people need to focus on that."

Interestingly, Priyanka and Kareena shared cold vibes sometime ago, but the two have since buried the hatchet.-India Today


Dwayne "The Rock" Johnson might be 2016's Sexiest Man Alive, but he isn't forgetting where he came from.

The 44-year-old action star surprised his dad, Rocky Johnson, with a new car for Christmas.

In an Instagram post on Friday, Dwayne described his dad as a "minimalist" who never asks for much, and then went on to share his father's heartbreaking story of overcoming all odds as a teenager in Amherst, Nova Scotia, Canada, and raising one of the world's biggest movie stars.

"My dad's dad died when he was 13yrs old," he wrote. "That Christmas, my dad's mom had her new boyfriend over for Christmas dinner. Her boyfriend got drunk and pi**ed on the turkey. My dad went outside, got a shovel, drew a line in the snow and said if you cross that line I'll kill you. The drunk crossed it and my dad laid him out cold as a block of ice."

According to Dwayne, police were called to the family's home and gave them an ultimatum.

"They told my dad's mom that when her boyfriend regains consciousness, he's gonna kill your son so one of them has got to go," he continued. "In front of the entire family, my dad's mom looked at him and said get out. He was 13yrs old and now homeless."

Rocky eventually carved out a successful professional wrestling career, becoming a part of the first black tag team to win the World Tag Team Championship in the World Wrestling Federation in 1983.

"Every Christmas, I always think about that story and my dad having every odd stacked against him at 13, but he fought thru it and still made something of himself," Dwayne wrote. "Makes me appreciate his struggle and hard work."

In passing down the family trade, Rocky pushed his son hard in the gym -- something The Rock, who also gifted his uncle a car last Christmas, admits he wasn't fond of at the time, but now embraces.ETOnline


SEORANG wanita berusia 82 tahun yang dianggap sebagai mati selama lebih daripada 40 tahun ‘bangkit’ dari kubur dan muncul di depan pintu rumah anaknya.

Jiran menyangkakan wanita berkenaan telah mati akibat dipatuk ular dan telah melakukan ritual penghormatan sebelum meenghayutkan mayatnya ke dalam sungai.

Walau bagaimanapun, warga emas yang dikenali sebagai Vilasa itu mendedahkan bahawa dia tidak mati oleh gigitan ular itu dan hanya tidak sedarkan diri, lapor Mirror memetik Times of India.

Tambah Vilasa lagi, dia tidak mampu mengingati apa-apa selepas kejadian itu termasuk siapa dirinya.

Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh nelayan dan menempatkannya di kuil berhampiran.

Oleh kerana mengalami masalah hilang ingatan, Vilasa terpaksa berjauhan daripada keluarga selama 40 tahun sehinggalah ingatannya kembali pulih.

Vilasa kemudian menjejak keluarganya sehingga dia berjaya menemui rumah anak perempuannya, Ram Kumari dan Munni.

Anak Vilasa memberitahu wartawan bahawa mereka dengan pantas mengenali ibu mereka menerusi tanda satu tanda lahir.

“Kami segera mengenalinya dari tanda lahir,” kata salah seorang daripada anak perempuan Vilasa.

Warga Emas Disangka Mati, Muncul Setelah 40 Tahun

Pada 1976, Vilasa dipatuk oleh seekor ular tedung ketika dia sedang bekerja di luar rumahnya di kampung Inayatpur di bandar Majahwan di utara India.

Dia kemudian dikejarkan kepada perawat tradisional berdekatan kampung itu namun tetap ‘gagal diselamatkan’.

Vilasa diumumkan mati dan badannya dibawa ke sungai Ganga dimana ritual terakhir dilakukan sebelum badannya dihanyutkan ke dalam sungai. -MYNEWSHUB.CC



CHINA: Sebuah paparan video menunjukkan cubaan bunuh diri beramai-ramai di dalam sebuah kereta api bawah tanah di Beijing, China kini menjadi viral di media sosial.

Media tempatan melaporkan, sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan lima wanita dan tiga lelaki lingkungan 30 dan 60-an menaiki kereta api bawah tanah dan dilihat meminum sejenis cecair misteri berwarna putih.

Sebahagian mereka kemudiannya dilihat pengsan dengan mulut berbuih dan selebihnya menahan kesakitan.

Saksi berkata, ramai penumpang melarikan diri daripada kumpulan terbabit kerana ketakutan.

Rakaman kemudian menunjukkan, sepasukan anggota polis memasuki kereta api di Stesen West Tiananmen itu dan mula mengheret mangsa ke platform.

Empat daripada mangsa dilaporkan selamat manakala empat lagi tenat dipercayai akibat keracunan.

Menurut media Epoch Times, kumpulan itu dipercayai cuba membunuh diri selepas menjadi mangsa penipuan kewangan bursa saham dengan meninggalkan sejumlah hutang yang besar.

Tindakan itu dibuat susulan terlalu kecewa kerana aduan mereka tentang aktiviti penipuan itu tidak dilayan oleh pihak berkuasa selepas mereka membuat banyak aduan, sebelum ini.-SH



KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini berkata tahun 2017 “menjanjikan tahun yang paling sukar diramal dan mungkin ‘berbahaya’ untuk seluruh dunia”.

Beliau berkata pendapat ini berdasarkan, antara lain, konflik di Timur Tengah, perang mulut antara Rusia dan Amerika Syarikat serta cerita-cerita palsu yang disebarkan mengenai Malaysia.

Menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau, Salleh berkata konflik di Timur Tengah akan meningkat menjadi satu tragedi yang tidak ada bandingannya dalam sejarah sekiranya gencatan senjata tidak dapat bertahan.

Beliau berkata perang mulut antara Rusia dan Amerika juga mengancam untuk membawa dunia kembali ke era perang dingin apabila dunia berhadapan dengan senario yang sangat serius yang boleh berakhir dengan kemusnahan.

“Harapan kami ialah dengan kedatangan tahun baharu, (Presiden Amerika yang dipilih – Donald) Trump dan (Presiden Rusia Vladimir) Putin akan duduk bersama dan menyelesaikan perbezaan mereka (Amerika dan Rusia).

Perang mulut antara Amerika-Rusia berhubung dakwaan Rusia menggodam pilihan raya presiden Amerika 2016 telah meningkat sejak beberapa hari lepas, dengan pentabdiran Obama menuduh Rusia terlibat dalam usaha memastikan kemenangan Trump sebagai presiden dalam pilihan raya itu.

Salleh berkata: “Banyak salah faham ini disebabkan persepsi dan maklumat yang salah dan kemudian berkembang menjadi konflik. Pergaduhan antara Amerika-Rusia merupakan kes berdasarkan khabar angin dan syak wasangka”.

Beliau berkata Malaysia turut mengalami keadaan yang sama.

“Cerita-cerita palsu mengenai negara ini disebarkan. Ada yang kata Malaysia akan bankrap. Kemudian mereka katakan Tabung Haji akan bankrap. Semua cerita negatif dan mengelirukan ini berterusan,” katanya.

Salleh berkata rakyat Malaysia cenderung untuk menerima berita palsu dan pembohongan sebagai fakta tanpa memeriksa kebenaran dan kesahihan berita berkenaan.

“Sekiranya kita mahu mengelak daripada terjerumus menjadi mangsa penipuan, maka kita perlu mengesahkan apa sahaja perkara yang diberitahu kepada kita,” katanya. – BERNAMA


KUALA LUMPUR – Anggota bomba terpaksa membantu seorang lelaki mengeluarkan cincin logam yang tersekat pada kemaluannya.

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi berkata 12 anggota bomba telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.56 malam, Jumaat daripada pihak hospital.

Apabila mereka tiba di wad, lelaki berada dalam kesakitan yang menyeksakan.

Samsol berkata pasukan dari stesen Hang Tuah menghadapi masalah kecil mengeluarkan cincin logam itu kerana ia terlalu tebal untuk dipotong.

Beliau berkata bilah alat pemotong yang digunakan untuk memotong cincin itu tidak cukup tajam.

“Kami terpaksa memanggil pasukan lain dari balai Sungai Buloh untuk membantu.

“Biasanya dalam kes seperti ini, bomba akan dipanggil untuk membantu kerana kemudahan perubatan tidak mempunyai alat-alat yang diperlukan untuk mengeluarkan cincin di alat sulit,” katanya.

Samsol berkata, mangsa berumur dalam lingkungan 30an.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan mengapa cincin itu tersekat di sekitar alat kelamin lelaki itu.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan cincin itu kira-kira pukul 2 pagi Sabtu. – mStar Online



KUALA LUMPUR - Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd menafikan satu mesej yang viral di media sosial melibatkan kejadian di surau wanita Tesco Extra Mutiara Damansara.

Mesej itu mendakwa telekung dan al-Quran yang terdapat dalam surau berkenaan dibuang ke dalam tong sampah sehingga menyebabkan perbalahan antara pengurus dan staf.

Melalui satu kenyataan ringkas semalam, Tesco menjelaskan kejadian yang dinyatakan tersebut adalah tidak benar dan hanya disalahtafsirkan.

Menurut jurucakap Tesco, telekung dan sejadah dikeluarkan dari surau dan ditempatkan dalam beg plastik sementara kerja mencuci lantai dilakukan oleh pekerja pembersihan.

“Tiada al-Quran langsung yang terdapat dalam surau itu, maka tiada isu membuang al-Quran. Malah tidak ada barang yang dibuang semasa kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

Jelasnya, perkara tersebut bagaimanapun disalah tafsir oleh pihak tertentu apabila kerja pembersihan dilakukan oleh pekerja bangsa lain.

“Kami menggesa orang ramai untuk berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dan berterima kasih kepada mereka yang telah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.- SH

ARAU: Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) bersedia untuk menawarkan anggota sukarelanya bagi membantu agensi kerajaan yang memerlukan bantuan sokongan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi agensi pertama yang menggunakan khidmat 1,000 anggota APM untuk membantu anggota penguat kuasanya.

APM turut bersedia untuk menawarkan kira-kira 10,000 anggota kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jabatan Perhutanan pada tahun hadapan, katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Apresiasi JASA Parlimen Arau di sini malam tadi.

Shahidan berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada dasarnya turut bersetuju supaya anggota APM membantu pasukan peronda kawasan sempadan dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di sempadan.

Beliau berkata APM juga bersediakan menawarkan khidmat anggota sukarelanya kepada kerajaan negeri.

Shahidan berkata beliau akan mencadangkan agar APM turut membantu kerja kebajikan yang dilaksanakan oleh JASA iaitu sebuah agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – BERNAMA

RIO DE JANEIRO: Duta Greece ke Brazil dibunuh isteri dan kekasihnya dalam kes ‘jenayah cinta’ dan mereka mengaku melakukan pembunuhan itu, kata seorang pegawai pada Jumaat.

Ketua Bahagian Pembunuhan Rio, Evaristo Pontes pada sidang akhbar berkata, Kyriakos Amiridis, 59, dibunuh pada Isnin oleh pegawai polis, Sergio Gomez Moreira.

Mayat Amiridis yang rentung ditemui pada Khamis di dalam kereta sewanya, sehari selepas isterinya yang juga warga Brazil, Francoise de Souza Oliveira melaporkan beliau hilang. – AFP/BH ONLINE

LONDON: Seorang remaja mungkin tidak boleh lagi menikmati makanan dan minuman untuk seumur hidupnya selepas disahkan menghidap sejenis penyakit yang menyebabkan perutnya lumpuh.

Lily Tock, 16, tidak makan selama setahun sebelum doktor mengesahkan dia menghidap gastroparesis, satu keadaan yang menyebabkan perutnya tidak mampu menghadam dan menyerap zat makanan.

Keadaan itu menyebabkan Lily yang berasal dari Brough, East Yorkshire dekat sini terpaksa bergantung kepada tiub untuk menyalurkan lemak, minyak dan vitamin kepada tubuhnya.

Lily berkata, dia sering mengalami pening, muntah dan sakit perut yang teruk ketika berusia 14 tahun.

Doktor mengambil masa selama dua tahun sebelum dapat mengenal pasti keadaan yang jarang dijumpai itu.

“Sekiranya menjamah makanan saya akan berasa loya, muntah, sakit perut dan terbaring di katil selama beberapa hari.

“Makanan yang saya makan juga boleh tersumbat di usus dan keadaan itu boleh membawa maut,” katanya.

Menurutnya, dia kini menjalani beberapa rawatan dengan harapan dia boleh menikmati semula makanan dan minuman kegemarannya. – Agensi/myMetro Online

BEIJING: Seorang lelaki ditangkap di utara China kerana disyaki membunuh kekasihnya serta anak wanita berkenaan selain mencuri wang berjumlah 1.8 juta yuan (RM1.2 juta) dari akaun bank mangsa.

Lelaki dikenali sebagai Dong dan rakannya Liu ditahan polis di Shijiazhuang, wilayah Hebei, lapor Hebei Television.

Dia dipercayai membunuh wanita berusia 45 tahun itu dengan menetaknya menggunakan pisau pemotong daging pada 20 April lalu ketika satu pertengkaran.

Menurut laporan itu, Dong kemudian mengerat mayat mangsa pada keesokannya sebelum dicampak ke dalam sungai.

Kerana bimbang perbuatannya diketahui, Dong mencekik mati anak lelaki wanita terbabit berusia 20-an dengan bantuan rakannya Liu.

Mayat lelaki terbabit ditanam di kawasan perkampungan sebelum Dong mengosongkan akaun bank kekasihnya dan menjual kereta wanita itu untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Polis menyiasat kes itu selepas menerima laporan mengenai sisa mayat manusia yang ditemui di atas pulau kecil di sungai berkenaan.

Wang tunai berjumlah lebih 1.5 juta yuan ditemui di rumah Dong selepas dia ditangkap. – Agensi/myMetro Online

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang terpotong sebahagian kemaluannya ketika bersunat berharap untuk mendapat bantuan pakar bagi melakukan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan yang terpotong.

Peguam, P. Uthayakumar yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar Pakkeer Mohamad dan Rodziah Abdul Razak, berkata keluarga kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mahu tindakan segera dilakukan memandang ia satu isu yang sensitif dan melibatkan masa depan anak mereka.

“Ibu bapa kanak-kanak ini telah diminta oleh sebuah pusat kesihatan swasta untuk merujuk kepada HKL (Hospital Kuala Lumpur) memandangkan tiada pakar yang boleh menjalankan prosedur pembedahan pencantuman organ di situ.

“Jika HKL tiada kepakaran yang boleh membantu anak itu, saya memohon bantuan HKL, pusat zakat mahupun Baitulmal supaya mendapatkan pakar di luar negara seperti di Singapura untuk menjalankan pembedahan mencantumkan semula bahagian kemaluan itu,” katanya kepada pemberita di HKL, di sini Jumaat.

Uthayakumar berkata, keadaan semakin rumit apabila bahagian kemaluan yang terpotong itu sudah bertukar menjadi kehitaman.

Bapa kanak-kanak itu, Ali Akhbar berkata pada 15 Disember lepas, ketika menjalani proses berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh, doktor yang mengkhatankan anak lelakinya itu telah terpotong bahagian depan kemaluan hingga putus dan doktor itu mengaku atas kecuaiannya.

Menurutnya, doktor itu menjahit semula bahagian yang terpotong namun dilakukan secara salah dan kemudian beliau diminta doktor berkenaan untuk merujuk kepada pusat kesihatan pakar swasta yang akhirnya diminta rujuk ke HKL.

Namun, sehingga kini, katanya HKL belum memberi penjelasan mengenai keadaan anaknya itu dan tindakan yang boleh diambil untuk kes anaknya walaupun kejadian berkenaan telah berlaku lebih dua minggu.

Beliau meminta supaya HKL memberikan bantuan yang sewajarnya kerana anaknya masih kecil dan tidak mahu perkara sedemikian memusnahkan harapan dan masa depan anak kesayangan mereka.

Tambah Ali Akhbar, melalui peguamnya satu surat rasmi telah dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zainiah Mohd Zain semalam bagi mendapatkan respons. – BERNAMA


Pada 25 April 2016 hari penamaan calon menyaksikan 228 calon parti politik menamakan calon untuk bertanding di 82 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Terdapat 11 kerusi baru pada PRN11 setelah Suruhanjara Pilihan Raya (SPR) membuat persempadanan semula. Dewan Undangan Negeri Bukit Sari dan Bukit Kota telah diisytiharkan Barisan Nasional (BN)  menang di kedua DUN berkenaan setelah kedua calon BN menang tanpa bertanding.

7 Mei 2016 SPR mencatatkan seramai 777,018 orang pengundi telah keluar mengundi pada hari tersebut dimana hanya 70 peratus yang keluar mengundi setelah tamat tempoh pengundian dijalankan. Barisan Nasional telah diisytiharkan menang 72 kerusi daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan. Pembangkang hanya memenangi 10 kerusi DUN dan menyaksikan Parti Tindakan Demoratik (DAP) Sarawak menang tujuh dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menang tiga kerusi DUN.

PRN11 Sarawak membuktikan Barisan Nasional masih menjadi pilihan pengundi Sarawak kerana dasar yang dibawakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem terutama dasar pembangunan luar bandar yang menjadi keutamaan kepimpinan Barisan Nasional. Pada masa sama keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tumpuan dan keutamaan pembangunan Sarawak perlu dipertingkatkan menjadi faktor kepercayaan pengundi memilih Barisan Nasional.

Pada PRN11 juga melihat kembalinya sokongan cina terhadap Barisan Nasional di kubu kuat DAP. Barisan Nasional memenangi empat kerusi dominan DAP iaitu Dudong, Meradong, Repok dan Batu Kawa. DUN baru Batu Kitang yang majoriti pengundi cina turut menjadi milik Barisan Nasional. Kembalinya undi cina kepada Barisan Nasional adalah atas faktor Adenan yang meyakinkan kaum cina terbela di Sarawak.

Sorotan tahun 2016 adalah satu kejayaan besar buat Barisan Nasional yang telah memenangi 72 kerusi yang terdiri daripada 40 DUN telah dimenangi Parti Pesaka Bumiputera bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang 11 DUN, Parti Rakyat Demokratik Sarawak (SPDP) menang tiga kerusi dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang tujuh kerusi DUN. Kejayaan besar ini juga adalah kejayaan rakyat Sarawak yang mahukan pembangunan diteruskan oleh Barisan Nasional dan menolak parti pembangkang yang lebih gemar bermain persepsi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat Sarawak secara keseluruhan.-Sarawakiana


MIRI: Mahkamah Majistret semalam memerintahkan agar kes seorang ahli perniagaan bergelar datuk dituduh membunuh pemimpin PKR Miri Bill Kayong supaya dipindah ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan lanjut.

Manakala tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai kot hitam diperintah supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan kelak.

Perintah itu dikeluar Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noor Fadzila Ishak.

Dalam permohonannya, Fadzila memberitahu bahawa pihaknya menerima kebenaran mendakwa dalam kes ini, justeru memohon agar kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan Seksyen 177A (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk perbicaraan lanjut.

Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjung Lobang di sini telah didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh bersama-sama Lie Chang Loon, 37, Chin Wui Chung, 50, dan seorang lagi yang masih bebas telah bersubahat mengupah Mohamad Fitri Pauzi, 29, untuk membunuh Bill.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun tahun ini di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Hadir sama peguam bela tertuduh, David Kuok dan Abun Sui Anyit selaku peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Sementara itu, pihak media terpaksa menunggu lebih dua jam merakam gambar tertuduh dilihat keluar dari bangunan mahkamah sekitar jam 12 tengah hari dengan memakai cermin mata hitam serta penutup hidung dan mulut sambil memegang Alkitab.-UB


KUALA LUMPUR : Dengan 11 polisi insurans bernilai RM1j di atas namanya– seorang bekas sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berkata dia kini hidup dalam ketakutan nyawanya melayang pada bila-bila masa lagi.

Lelaki berusia 42 tahun itu berkata polisi tersebut telah dibeli oleh isterinya tanpa pengetahuannya dan setakat ini telah ada cubaan untuk membunuhnya.

Lelaki itu, yang bekerja sebagai pegawai keselematan pembinaan sejak bersara pada tahun 2011, berkata bahawa dia telah dicekik di dalam kereta oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelajar kejuruteraan awam pada 10 Sept. lalu.

Katanya lagi, salah seorang penyerangnya telah menghubunginya dua hari sebelum kejadian dan menyamar kononnya mahu membuat kajian tentang tapak binaan serta meminta kebenaran untuk menemubualnya di pejabat yang terletak di Serdang.

Pada hari temubual itu, kedua-dua lelaki tersebut telah mengambilnya dari kediamannya di Puchong menaiki sebuah Perodua Kancil lama dan seterusnya kepejabat lelaki itu, di mana mereka telah mengambil gambarnya sedang bekerja.

Namun, apabila mereka dalam perjalanan pulang, semasa dia sedang duduk di tempak duduk hadapan, seutas tali telah diikat ke tengkuknya.

“Saya dapat merasakan tali itu menjerut leher saya, dan saya benar-benar merasakan ajal saya telah sampai pada masa itu,” cerita bapa empat orang anak itu semasa majlis sidang akhbar yang diadakan oleh biro aduan awam Parti Gerakan.

Telah berkhidmat dengan tentera selama 18 tahun, lelaki itu berjaya mempertahankan dirinya dengan memusing lalu menumbuk penyerangnya.

Dia kemudiannya bertuidak menendang pemandu tersebut di bahagian rusuk sebelum memboloskan diri daripada kereta itu yang sedang berhenti di satu tempat terancang.

Dia diselamatkan oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat kejadian, untuk menelefon penyelianya, yang kemudiannya membawa lelaki itu semula ke tapat pembinaan.

Bagaimanapun, isterinya tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung apabila dia menceritakan apa yang dihadapinya beberapa jam lalu.

Dia mula mengesyaki sesuatu seminggu selepas itu apabila isterinya menerima panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Namun, isterinya mengatakan bahawa pemanggil itu tersilap nombor.

Kata lelaki itu lagi, isterinya menjadi agresif apabila dia merampas telefon bimbit wanita itu dan menelefon nombor tadi.

Gambar yang tertera pada akaun WeChat nombor itu seiras dengan salah seorang penyerangnya.

“Saya amat terkejut dan cuba meminta penjelasan daripada isteri saya namun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa,” tambah lelaki malang itu lagi.

Sebulan selepas itu, wanita itu telah membawa anak lelaki sulung mereka dan meminta perlidungan daripada sebuah badan kebajikan wanita, sebelum membuat aduan polis terhadap suaminya atas sebab penderaan.

Lelaki itu nenambah bahawa isterinya telah dihalau daripada rumah perlindungan itu dan kini menetap bersama ibunya.

Sejak meninggalkan rumah, wanita itu telah membelanjakan RM60,000 yang hanya diketahui oleh lelaki itu selepas dia menerima bil kad kredit dan surat daripada bank.

Lelaki itu takut jika terdapat sebuah lagi percubaan untuk membunuhnya dan menegaskan bahawa tandatangannya telah dipalsukan untuk membeli insurans nyawa dan kemalangan.

Katanya, polisi-polisi insurans itu telah dijumpai di beberapa tempat di dalam rumahnya.

Isterinya merupakan penjamin tungga polisi-polisi berkenaan, yang ditunjukkan sebagai bukti kepada para wartawan beserta tujuk laporan polis yang telah dibuat dalam tempoh empat bulan.

“Saya telah membuat aduan kepada Bank Negara dan syarikat-syarikat insurans yang terlibat dalam pemalsuan ini dan mereka telahpun mengambil tindakan,”katanya.

Dia kini hidup dalam ketakutan jika ketiga-tiga anak yang kini di bawah jagaannya akan ditinggalkan sebatang kara jika sesuatu terjadi kepadanya.

He feared his three youngest children, who are under his care, would be abandoned if something happened to him.

Pengerusi biro aduan awak Gerakan Datuk Wilson Lau Hoi Keong berjanji untuk mengikuti perkembangan kes itu dengan pihak polis.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata penyiasatan terhadap kes serangan itu sedang dijalankan.

Beliau menambah bahawa pegawai penyiasatan sedang menunggu arahan daripada
Timbalan Pendakwa Raya.

Kata Megat lagi, pengadu juga telah dinasihatkan untuk menamatkan premium insuransnya.-MYNEWSHUB.CC


MANILA : Presiden Fi­lipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk mencampak keluar pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dengan rasuah dari helikopter.

Duterte menyatakan bahawa tindakan itu pernah dilakukannya, malah beliau tidak teragak-agak untuk mengulangi semula.

Bekas pendakwa itu berkata, beliau sebelum ini pernah mencampak keluar seorang lelaki Cina dari helikopter kerana disyaki merogol dan bunuh.

“Jika anda korup, saya akan jemput anda dengan helikopter dan kita terbang ke Manila. Saya kemudian akan campak anda keluar. Saya pernah mela­kukannya, mengapa saya tidak akan berbuat begitu lagi,” katanya.

Duterte berkata demikian semasa berucap di hadapan mangsa taufan pada Selasa lalu. Klip vi­deo ucapan berkenaan turut disiarkan oleh pejabat presiden.

Ancaman terbaharu Duterte itu disuarakan selepas beliau beberapa ming­gu lalu, mengaku menembak mati penjenayah dadah dalam tempoh 22 tahun memegang jawatan Datuk Bandar Davao.

Katanya, pembunuhan itu adalah sebahagian daripada operasi polis yang sah, termasuk tebusan. Beberapa senator mengingatkan Duterte bahawa beliau berdepan risiko dipecat ekoran komen-komennya.

Duterte turut menyatakan enam individu yang ditangkap dengan rampasan lebih 500 kilogram dadah jenis syabu di ibu negara pada minggu lalu bernasib baik kerana beliau berada di luar kawasan.

“Mereka bernasib baik saya bukan di Manila pada waktu itu. Jika saya tahu ada syabu sebanyak itu, saya sudah pasti akan bunuh anda,” katanya.

Sehingga kini tiada maklumat lanjut bila dan di mana kejadian mencampak keluar dilakukan oleh Duterte, malah jurucakap Presiden itu, Ernesto Abella, menyatakan kejadian itu mungkin tidak berlaku.

“Anggap sahaja ia cerita seram,” kata Abella kepada pemberita. – Reuters


BEIJING: Jambatan tertinggi di dunia, yang menghubungkan kawasan pergunungan dua wilayah di barat daya China, kini dibuka kepada umum.

Jabatan Pengangkutan Wilayah Guizhou berkata dalam satu kenyataan menerusi laman web rasmi, jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter di atas sungai dan menghubungkan dua gunung di wilayah Yunnan dan Guizhou.

Pembinaan jambatan itu dikatakan mampu mengurangkan kira-kira tiga suku daripada waktu perjalanan. Agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang pengguna dikenali sebagai Duan, memberitahu perjalanannya yang biasanya memakan waktu selama empat jam kini hanya menjadi satu jam.

"Ia memudahkan semua orang yang bercadang untuk melakukan perjalanan ke dua tempat ini," katanya.

Menurut laporan akhbar harian Guizhou, jambatan sepanjang 1,341 meter itu menelan belanja 1 bilion yuan (RM645.98 juta).

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, jabatan pengangkutan berkata, jambatan terbabit mengatasi Jambatan Sungai Du di Hubei, tengah China untuk menjadikan ia jambatan paling tinggi di dunia. - AFP



BAITULMAQDIS : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bakal disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuduhan rasuah ke atasnya, lapor media Israel.

Rangkaian Channel 2 melaporkan, perdana menteri itu disyaki menerima 'bantuan' daripada dua ahli perniagaan, seorang rakyat Israel dan seorang lagi warga luar.

Menurut stesen televisyen itu, polis sedang menyiasat kes selama lapan hingga sembilan bulan dengan menyoal siasat kira-kira 50 orang.

Channel 2, yang mempunyai penonton terbesar di negara itu berkata, Netanyahu akan dipanggil untuk disoal siasat, mungkin pada permulaan minggu depan.

Bagaimanapun, laporan rangkaian itu semuanya dinafikan oleh pelabat Perdana Menteri itu. Kementerian Kehakiman dan polis turut menolak untuk memberikan komen.

Polis turut mengeluarkan kenyataan ,mereka akan memaklumkan kepada orang ramai 'dalam masa terdekat' berhubung isu itu, sambil memberi amaran laporan media turut merangkumkan spekulasi. - AFP


SHAH ALAM: Menjelang sepak mula Liga Super 21 Januari ini, Selangor berdepan satu lagi 'malapetaka' apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan enggan lagi terbabit dengan pengurusan persatuan bola sepak negeri itu.

Turut mengambil tindakan sama adalah bekas pengurus pasukan The Red Giants merangkap EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan negeri, Amirudin Shari.

Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan menerusi akaun rasmi Facebooknya, Mohamed Azmin menjelaskan beliau tidak lagi mahu bersama organisasi dan pengurusan yang tidak berwibawa serta tidak komited dengan agenda perubahan demi menjamin kegemilangan bola sepak negeri itu.

"Selepas hampir dua tahun bersama FAS, kami tidak melihat kesediaan FAS untuk mendukung perubahan apabila terus bergelumang dengan budaya politik yang tidak bertanggungjawab serta mengecewakan penyokong dan rakyat Selangor.

"Barisan EXCO FAS sedia ada masih kekal dengan sikap dan budaya lama yang mengamalkan politik yang berlebihan, pengurusan cara lapuk dan mentaliti terlalu bergantung kepada subsidi.

"Malah, sehingga kini, mereka masih gagal mengemukakan pelan strategik untuk pengurusan bola sepak Selangor, termasuklah organisasi pentadbiran yang profesional sebagaimana yang disarankan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang 2018," katanya.

Konflik membabitkan pengurusan FAS sebelum ini mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang memuat naik saranan melalui akaun rasmi Instagramnya, supaya `orang lama' dalam organisasi terbabit berundur dengan cara terhormat.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menegaskan kerajaan negeri akan terus memberi sokongan dan dukungan kepada kemajuan sukan bola sepak Selangor melalui kaedah baharu yang akan diputuskan kelak.

"Kami memberi jaminan kepada penyokong bola sepak Selangor bahawa kegemilangan sukan bola sepak akan dijulang melalui pengurusan yang bersih dan berintegriti," katanya.

Situasi ini bakal meletakkan peruntukan daripada kerajaan negeri yang dimohon FAS sebelum ini dalam keadaan tanda tanya.

FAS berkemungkinan besar berdepan masalah mendapatkan dana daripada kerajaan negeri, sekali gus memaksa mereka mencari dana sendiri yang bernilai sekurang-kurangnya RM15 juta bagi membolehkan Selangor meneruskan saingan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Kegagalan Selangor mencari RM15 juta bakal meletakkan pasukan 'King of Malaya' itu berdepan masalah sehingga mampu menyebabkan mereka menarik diri daripada saingan musim hadapan.-BH


SUBANG JAYA : Jurutol wanita cedera di kaki kanan selepas treler yang lebih muatan tersangkut pada pondok tol di Plaza Tol Seafield, hari ini.

Kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan pondok di laluan paling kiri susur keluar ke Subang Jaya itu senget dan terpaksa dialihkan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat pada 2.08 petang.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan terdapat seorang mangsa yang tersepit.

"Sebaik tiba kami dapati mangsa sudah dikeluarkan dan mengalami kecederaan ringan," katanya.

Difahamkan, badan treler yang membawa muatan besi buruk berkenaan tersangkut pada pondok tol ketika pemandunya mahu membayar tol.-HM


TAWAU : Sekumpulan kanak-kanak seawal usia setahun hingga 12 tahun sanggup berpanas dan bergadai nyawa, disyaki diperguna ibu bapa mereka untuk mengemis di kawasan pusat bandar di simpang bulatan, Jalan Persisiran berdekatan Masjid Al-Kauthar di sini.

Tinjauan mendapati kanak-kanak berkenaan tidak bersendirian, malah turut bersama-sama disyaki nenek melakukan kegiatan itu di jalan berkenaan sebagai mata pencarian sejak sekian lama.

Dalam tinjauan itu juga dipercayai ibu bapa kepada kanak-kanak ini berada di kawasan berhampiran seperti Taman Persisiran dan tempat letak kereta di Masjid Al-Kauthar memerhatikan anak-anak mereka dari jauh.


Senarionya, peminta sedekah cilik itu pergi dari satu kereta ke kereta lain menagih simpati menggunakan isyarat memerlukan duit untuk makan, jika tidak dilayan mereka akan mengetuk cermin kereta.

Kanak-kanak itu turut dilihat berani bersandar di kereta yang sedang bergerak perlahan sekiranya permintaan mereka tidak dilayan selain mencalarkan kereta.

Kegiatan mereka itu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah turut menjejaskan keselamatan pengguna lain termasuk penunggang motosikal yang berkemungkinan tidak menyedari kehadiran peminta sedekah itu.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Alijus Sipil ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pengemis di Jalan Persisiran itu termasuk menghantar mereka kembali ke negara asal atau daerah masing-masing.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Tawau Asnah Kassim berkata 53 pengemis, rata-rata terdiri daripada masyarakat Pala'u diselamatkan dalam operasi JPKA Tawau sejak Januari hingga November tahun ini.

"Kita akan melantik Pegawai Khas serta menukar modus operandi kerana apabila nampak kereta jabatan, mereka akan melarikan diri, kita juga akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.-HM


KOTA BAHRU: A female journalist of a print media here received a bomb threat via telephone from an unknown man on Thursday, a day after she wrote an article on a hoax bomb scare at the Sultan Ismail Petra Airport (LTSIP) in Pengkalan Chepa.

The 36-year-old, who declined to be named, said she received the call at 5.51pm while covering an assignment in Badang.

She believed that the threat came after the man got angry following the news article which was published on Thursday.

"The person asked me 'are you the one who covered (the story) on bomb threat at LTSIP? Don't fool around with me...or else, I will (explode a) bomb'.

"The number was believed to have come from a public telephone booth," she said when contacted by Bernama.

The woman lodged a police report at the Kota Baru police headquarters at 9pm.

Kelantan deputy police chief SAC Din Ahmad confirmed the incident, saying that the case is being investigated for criminal intimidation.

Kelantan Darul Naim Press Club president Zailani Abd Rahman hoped that the authorities would take stern action against the party who made the threat to prevent such an incident from recurring to other crime journalists. - Bernama

PUTRAJAYA: Harga bahan api di negara ini dijangka naik berikutan peningkatan harga pasaran minyak mentah dunia pada Disember dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam berkata, apabila harga pasaran minyak mentah dunia meningkat pada bulan ini, penetapan harga runcit bagi bahan api di pasaran Malaysia juga dijangka meningkat.

"Selain itu, satu lagi perkara yang akan memberi kesan kepada harga minyak tempatan adalah pergerakan ringgit berbanding dolar AS.

"Dengan pengukuhan dolar AS berbanding ringgit ketika ini, ia akan mengakibatkan kos pembelian minyak juga akan meningkat, justeru ia akan memberi peningkatan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lokman berkata, kerajaan mengambil keputusan mengapungkan harga minyak mengikut sistem apungan terkawal dan terurus mulai 1 Disember 2014, sekali gus subsidi untuk RON95 dan diesel dihapuskan.

"Harga purata pada Disember akan menjadi harga pada Januari 2015. Purata maksudnya harga dari 1 hingga 31 dibahagi dengan 31 hari.

"Bukan harga minyak dunia di hujung bulan mengikut pemahaman sesetengah pihak," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pemberian subsidi dirasionalkan bagi membolehkan kerajaan membantu golongan sasar, dan bukannya orang berada atau warga asing yang tinggal di negara ini.-myMetro

MANJUNG: Polis menahan empat lelaki yang juga ahli kumpulan Geng James, Rabu lalu, yang dipercayai terbabit dalam tiga kes samun bersenjata di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim berkata, empat lelaki berusia antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam dua kes samun di Jalan Taman Terus Maju dan satu di Sungai Wangi pada hari yang sama.

Menurutnya, dalam kejadian 7.30 pagi itu, seorang lelaki cedera ditetak sekumpulan suspek menaiki Perodua MyVi berwarna putih di Jalan Taman Terus Maju, Sitiawan ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Katanya, setengah jam kemudian, kumpulan berkenaan turut menyamun seorang wanita di hadapan rumahnya kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian pertama sebelum cubaan menyamun sebuah rumah di Sungai Wangi gagal.

"Polis berjaya mengesan kereta yang dinaiki kumpulan itu yang sedang dibaiki di bengkel di Ayer Tawar berikutan cermin bahagian belakang pecah selepas dibaling batu oleh mangsa di lokasi ketiga.

"Dalam masa enam jam pihak polis berjaya menahan keempat-empat suspek dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, hari ini.-myMetro

KUALA LUMPUR: Dengan 11 polisi insurans bernilai RM1j di atas namanya– seorang bekas sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) berkata dia kini hidup dalam ketakutan nyawanya melayang pada bila-bila masa lagi.

Lelaki berusia 42 tahun itu berkata polisi tersebut telah dibeli oleh isterinya tanpa pengetahuannya dan setakat ini telah ada cubaan untuk membunuhnya.

Lelaki itu, yang bekerja sebagai pegawai keselamatan pembinaan sejak bersara pada tahun 2011, berkata bahawa dia telah dicekik di dalam kereta oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pelajar kejuruteraan awam pada 10 Sept. lalu.

Katanya lagi, salah seorang penyerangnya telah menghubunginya dua hari sebelum kejadian dan menyamar kononnya mahu membuat kajian tentang tapak binaan serta meminta kebenaran untuk menemubualnya di pejabat yang terletak di Serdang.

Pada hari temubual itu, kedua-dua lelaki tersebut telah mengambilnya dari kediamannya di Puchong menaiki sebuah Perodua Kancil lama dan seterusnya ke pejabat lelaki itu, di mana mereka telah mengambil gambarnya sedang bekerja.

Namun, apabila mereka dalam perjalanan pulang, semasa dia sedang duduk di tempak duduk hadapan, seutas tali telah diikat ke tengkuknya.

“Saya dapat merasakan tali itu menjerut leher saya, dan saya benar-benar merasakan ajal saya telah sampai pada masa itu,” cerita bapa empat orang anak itu semasa sidang akhbar yang diadakan oleh biro aduan awam Parti Gerakan.

Telah berkhidmat dengan tentera selama 18 tahun, lelaki itu berjaya mempertahankan dirinya dengan memusing lalu menumbuk penyerangnya.

Dia kemudiannya bertindak menendang pemandu tersebut di bahagian rusuk sebelum memloloskan diri daripada kereta itu yang sedang berhenti di satu tempat terancang.

Dia diselamatkan oleh seorang pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat kejadian, untuk menelefon penyelianya, yang kemudiannya membawa lelaki itu semula ke tapat pembinaan.

Bagaimanapun, isterinya tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung apabila dia menceritakan apa yang dihadapinya beberapa jam lalu.

Dia mula mengesyaki sesuatu seminggu selepas itu apabila isterinya menerima panggilan telefon daripada satu nombor yang tidak dikenali. Namun, isterinya mengatakan bahawa pemanggil itu tersilap nombor.

Kata lelaki itu lagi, isterinya menjadi agresif apabila dia merampas telefon bimbit wanita itu dan menelefon nombor tadi.

Gambar yang tertera pada akaun WeChat nombor itu seiras dengan salah seorang penyerangnya.

“Saya amat terkejut dan cuba meminta penjelasan daripada isteri saya namun dia mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa,” tambah lelaki malang itu lagi.

Sebulan selepas itu, wanita itu telah membawa anak lelaki sulung mereka dan meminta perlidungan daripada sebuah badan kebajikan wanita, sebelum membuat aduan polis terhadap suaminya atas sebab penderaan.

Lelaki itu nenambah bahawa isterinya telah dihalau daripada rumah perlindungan itu dan kini menetap bersama ibunya.

Sejak meninggalkan rumah, wanita itu telah membelanjakan RM60,000 yang hanya diketahui oleh lelaki itu selepas dia menerima bil kad kredit dan surat daripada bank.

Lelaki itu takut jika terdapat sebuah lagi percubaan untuk membunuhnya dan menegaskan bahawa tandatangannya telah dipalsukan untuk membeli insurans nyawa dan kemalangan.

Katanya, polisi-polisi insurans itu telah dijumpai di beberapa tempat di dalam rumahnya.

Isterinya merupakan penjamin tungga polisi-polisi berkenaan, yang ditunjukkan sebagai bukti kepada para wartawan beserta tujuk laporan polis yang telah dibuat dalam tempoh empat bulan.

“Saya telah membuat aduan kepada Bank Negara dan syarikat-syarikat insurans yang terlibat dalam pemalsuan ini dan mereka telahpun mengambil tindakan,”katanya.

Dia kini hidup dalam ketakutan jika ketiga-tiga anak yang kini di bawah jagaannya akan ditinggalkan sebatang kara jika sesuatu terjadi kepadanya.

He feared his three youngest children, who are under his care, would be abandoned if something happened to him.

Pengerusi biro aduan awak Gerakan Datuk Wilson Lau Hoi Keong berjanji untuk mengikuti perkembangan kes itu dengan pihak polis.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata penyiasatan terhadap kes serangan itu sedang dijalankan.

Beliau menambah bahawa pegawai penyiasatan sedang menunggu arahan daripada
Timbalan Pendakwa Raya.

Kata Megat lagi, pengadu juga telah dinasihatkan untuk menamatkan premium insuransnya.-MYNEWSHUB.CC

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM2,000 kepada peniaga dan penjaja yang melanggar penguatkuasaan larangan pembungkusan plastik dan polisterin mulai 1 September 2017.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata tindakan itu susulan pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi (boleh urai) yang berkuat kuasa mulai Ahad ini.

Beliau berkata kementerian memberi tempoh selama sembilan bulan sebagai usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada warga kota sebelum melaksanakan 100 peratus penggunaan bahan tersebut.

"Dalam tempoh tersebut, kita menyasarkan agar Kuala Lumpur menjadi bandar raya bebas plastik. Saya menggalakkan rakyat agar berhenti menggunakan beg plastik, sila bawa beg anda sendiri apabila membeli-belah," katanya pada sidang media sempena penguatkuasaan penggunaan produk biodegradasi di sini pada Jumaat.

Katanya kementerian telah memaklumkan kepada persatuan peniaga dan pasar malam berhubung pelaksanaan itu selain mendapat kerjasama daripada pembekal produk biodegradasi yang menepati keperluan peniaga dan pengguna.

"Kebiasaannya bahan biodegradasi ini mahal...hasil daripada perbincangan bersama pembekal, mereka telah pun bersetuju untuk menawarkan harga borong yang wajar kepada peniaga-peniaga setanding dengan harga polisterin dan plastik," katanya.

Loga Bala berkata tindakan proaktif kementerian itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman polisterin dan plastik terhadap kesihatan, sekali gus menggalakkan pembangunan industri pengeluaran produk biodegradasi.

Pelancaran penggunaan bahan boleh urai itu telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 3 Jun lepas.

Mengulas mengenai pelaksanaan undang-undang itu, rakan kongsi Restoran Chat Masala Brickfields dan Klang, N. Palaniappan berkata restoran itu sedang menggantikan bekas polisterin kepada bekas makanan biodegradasi secara berperingkat.

"Kami faham akan keburukan bekas polisterin itu...jadi kami guna pendekatan gantikan ia dengan bekas mesra alam bagi pengguna.

"Biarpun harga bekas itu lebih mahal berbanding bekas polisterin, kami tak kisah melaksanakannya...harga makanan yang dijual akan tetap sama, margin keuntungan mungkin kurang tetapi kami tidak akan rugi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, restoran itu pernah menerima notis daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung pelaksanaan penggunaan produk jenis biodegradasi.

Sementara itu, peniaga pasar malam di Pantai Dalam di sini yang hanya mahu dikenali sebagai Kadir berkata larangan penggunaan plastik di pasar malam sukar dikawal memandangkan pengguna lebih 'mesra plastik'.

"Mungkin mereka perlu membawa beg kertas atau beg kain sendiri ketika ke pasar malam, implementasi sepenuhnya tetap akan mengambil masa panjang," katanya.-mStar

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Situasi ekonomi, politik dan budaya yang mesra kerajaan-rakyat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengimbang sama ada di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapan sempena Tahun Baharu 2017, Timbalan Perdana Menteri berkata cabaran kemakmuran ekonomi sesebuah negara adalah faktor penting yang berupaya menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan yang berkait rapat dengan pencapaian ekonomi negara semasa.

"Tidak kira di mana jua kita berada, saya berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sebagai bangsa Malaysia wajib berbangga dengan setiap pencapaian dan sumbangan kita kepada negara yang dicintai ini.

"Masa depan 2017 terletak di tangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata masyarakat negara ini tidak lagi terikat kepada negara bangsa semata-mata tetapi masyarakat global yang bermaklumat.

"Ini bermakna berlaku peralihan daripada masyarakat industri pertanian kepada kini, masyarakat global bermaklumat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia juga menolak keganasan, malahan memerangi sebarang aktiviti dan persepsi keganasan demi menentukan kemakmuran dan keselamatan rakyat.

-- BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jenazah penyanyi legenda tanah air, Allahyarham Tan Sri SM Salim, 88, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada 2.45 petang.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang berada di kediamannya di Ukay Perdana di sini telah dibawa ke Masjid Kampung Baru di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan hadir di masjid serta di tanah perkuburan.

SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros meninggal dunia di kediamannya akibat sakit tua pada 5.45 petang semalam setelah kritikal sejak awal pagi Rabu.

Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Aishah Mohd Ghani dan tujuh anak.

Menurut anak sulung penyanyi itu, Siti Noraishah, 60, pihak keluarga berharap agar masyarakat dapat mengingati bapanya sebagai seorang yang berjasa kepada industri seni tanah air terutamanya dalam perjuangannya mempromosikan lagu-lagu Melayu klasik.

“Kenanglah abah sebagai seorang pejuang seni sejati, abah menyanyi bukan kerana duit tetapi beliau menggangap kerja seni itu sebagai terapi buat dirinya.

“Beliau pernah meluahkan perasaan risaunya terhadap generasi muda yang kurang berminat dengan lagu-lagu asli, beliau mahu genre lagu ini terus hidup walaupun apabila ketiadaannya,” katanya kepada Bernama.

Anak keenam Allahyarham Shamsul, 51, pula berkata bapanya tidak menggalakkan anak dan cucunya mengikuti jejaknya menceburi bidang seni.

Jelasnya bintang irama klasik itu tidak mahu anak-anaknya meneruskan legasi dalam dunia nyanyian kerana cabaran dan pahit-maung ditanggung Allahyarham semasa memasuki dunia hiburan yang pernah dilaluinya dahulu.

“Abah tidak mahu mana-mana ahli keluarganya mengikuti jejaknya kerana bagi beliau pengalaman bergelar insan seni bukan mudah untuk ditempoh oleh sesiapa pun.

“Kami semua boleh menyanyi dengan baik, mungkin mewarisi bakat daripada beliau sendiri namum kami tidak menjadikan bakat seni itu sebagai satu sumber pendapatan untuk bergantung hidup,” kata Shamsul.

Allahyarham memulakan kariernya sebagai penyanyi sejak 1957 dan merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu klasik.

Biduan negara itu lumpuh akibat sakit saraf dan terpaksa menggunakan kerusi roda sejak 17 tahun lepas. – BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tiga pesawat Beechcraft B-200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berpangkalan di Subang, masih tidak dibenarkan beroperasi setakat ini susulan nahas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang, 21 Disember lalu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, penggantungan itu dibuat kerana siasatan punca nahas berkenaan masih lagi berjalan.

"Kita tunggu arahan (untuk beroperasi)... tengok dulu siasatan, kita akan maklumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Pertahanan di Masjid Khalid Al-Walid di sini hari ini.

Nahas itu mengorbankan juruterbang Mejar C. Kayamboo, 44, manakala Kapten Wai Lik, 26, Lt. Hamid Hanafi, 26, dan Sarjan Udara Mohd. Sofi Azizan, 29, cedera.

Ditanya keadaan anggota yang cedera, beliau berkata, setakat ini dua anggota terbabit iaitu Hamid dan Mohd Sofi telah pulih sepenuhnya manakala Wai Lik masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilaporkan stabil.- BERNAMA

BINTULU: Seorang lelaki ditemui mati berlumuran darah dalam kereta miliknya di kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew di sini pagi tadi.

Menurut sumber, penemuan berkenaan mencetus kekecohan dikalangan penduduk kawasan sekitar kerana menyangka mangsa yang dikenali sebagai Kudang Ligi,49, maut akibat ditembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar menafikan bahawa berlaku sebarang kes melepaskan tembakan susulan penemuan mayat lelaki itu.

"Ia bukan kes tembak. Mangsa dipercayai mati mengejut ketika membawa keretanya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Bagaimanapun, punca kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat.

Dalam perkembangan lain Dev menegaskan supaya orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menyalahgunakan selain menyebarkan maklumat palsu sepertimana yang pernah dinasihatkan sebelum ini.-Sarawakiana

KUANTAN: Pekerja kilang besi buruk maut selepas tersepit ke dalam mesin pemotong besi di Bukit Pengorak, Gebeng, 3.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu mangsa yang juga lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja pemotongan besi sebelum baju dipakai lelaki berkenaan ditarik mesin itu menyebabkan mangsa tersepit.

Difahamkan anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas untuk memotong mesin itu.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-myMetro
Good news, Malaysians! The Stormwater Management And Road Tunnel or SMART tunnel has been listed as one of the 10 greatest tunnels in the world, according to CNN. This adds to the tunnel’s earlier recognition by the United Nations, where it received the Habitat Scroll of Honour Award in 2011 for its innovative and unique management of storm water and peak hour traffic.

As a bit of a recap, the SMART project was completed in 2007, and serves as both a flood relief tunnel and motorway. The former features a storm water tunnel that measures 9.7 km in length while the motorway tunnel length is 4 km.

The tunnel was built to solve the problem of flash flooding in Kuala Lumpur, and is expected to prevent billions of ringgit of possible flood damage and costs from traffic congestion. The article states that since it opened, “flood-prone areas such as Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Leboh Ampang and Jalan Melaka have been spared from floods.”

It then goes on to detail the various operation modes available: when there’s no flooding, it serves purely as a road tunnel but when there are floods, rainwater can be diverted into a lower channel, with the upper level will remain open to traffic.

However, when exceptionally heavy floods occur, the tunnel is closed to all traffic and watertight gates open to allow floodwater to flow through both the upper and lower channels. If you would like a trip down memory lane with the SMART tunnel, this documentary by National Geographic should be worth an hour and 16 minutes of your day.

Joining the SMART tunnel on the top 10 list are are the Gotthard Base Tunnel in Switzerland, the Channel Tunnel which links the UK and France, Eisenhower Tunnel in the USA, the Spiralen Tunnel and the Laerdal Tunnel, both in Norway, China’s Guoliang Tunnel in Henan Province and Bund Sightseeing Tunnel in Shanghai, Japan’s Seikan Tunnel and the Tokyo Bay Aqua-Line.




KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua bangsa Malaysia bahawa masyarakat zaman sekarang tidak hanya terikat kepada negara bangsa tetapi masyarakat global yang bermaklumat.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat harus memahami bahawa mereka yang mencorak masa depan bersama untuk tahun 2017.

“Tidak kira di mana jua kita berada, saya berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita sebagai bangsa Malaysia wajib berbangga dengan setiap pencapaian dan sumbangan kita kepada negara yang dicintai ini,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataannya sempena Tahun Baharu 2017.

Tambahnya, cabaran kemakmuran ekonomi sesebuah negara adalah antara faktor penting yang berupaya menggalakkan rakyat mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan yang berkait rapat dengan pencapaian ekonomi negara.

“Malaysia menolak keganasan, malahan memerangi sebarang aktiviti dan persepsi keganasan demi menentukan kemakmuran dan keselamatan rakyat Malaysia,” katanya. - Awani

JAKARTA: Sumber Media di sini melaporkan bahawa mangsa pembunuhan Dodi Triono, 59, yang meninggal dunia bersama lima yang lain di dalam bilik mandi di Pulo Mas baru-baru ini sudah berkahwin dengan seorang model berusia 19 tahun yang kini dipercayai sedang hamil.

Isteri berkenaan, Agnesya Kalangi, 19, tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Erlinda berkata, Agnesya datang melawat salah seorang anak Dodi iaitu Zanette Kalila Azaira, 13, di hospital.

"Dia datang ke sini... cantik dengan rambut panjang, kulit cerah," kata Erlinda seperti yang dipetik oleh kompas.com pada Rabu.

Erlinda berkata balu itu datang pada Selasa malam dan dia sedang mengandung tujuh bulan.

Beliau juga mendakwa bahawa Agnesya tinggal bersama Dodi dan tiga anak-anaknya di Ekbal.

Jiran Dodi yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu tribunnews.com yang Dodi berkahwin dengan Agnesya kira-kira setahun yang lalu dalam satu majlis agama tetapi tidak mendaftar perkahwinan itu.

Bagaimanapun jiran itu memberikan gambaran yang berbeza daripada Erlinda, kerana menurutnya Agnesya tinggal di sebuah apartmen.

Sementara itu Edi Saputra, pekerja Dodi berkata majikannya itu pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali sebelum mengahwini Agnesya.

Mangsa mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan pertama dan tiga daripada hasil perkahwinan kedua.

Isteri kedua, Almyanda Saphira adalah ibu kepada Diona Arika Andra Putri, 16, Dianita Gemma Dzalfayla, sembilan dan Zanette Kalila Azaria.

Diona dan Gemma meninggal dunia semasa kejadian tragis itu sementara Zanette terselamat.

Edi berkata Dodi dan Almyanda bercerai kira-kira tiga tahun yang lalu. -The Jakarta Post / Asia News Network
| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA